IBRAHIM ALI: MASZLEE WAJAR LETAK JAWATAN SEBAGAI MENTERI PENDIDIKAN

381
SHARES
2.2k
VIEWS

Kemelut jawatan Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) semakin meruncing apabila sekumpulan 10 mahasiswa  yang diketuai oleh Asheeq Ali Sethi Alivi mendesak Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik agar meletakkan jawatan sebagai Presiden UIAM jika tidak mahu berdepan dengan penentangan yang lebih besar oleh mahasiswa.

Maszlee menolak desakan mahasiswa untuk meletakkan jawatan serta merta dan kemudiannya mereka meletakkan tempoh tujuh hari untuk Maszlee berbuat sedemikian dalam satu mesyuarat di Restoran Amjal, Jalan Pantai Baharu di Kuala Lumpur kelmarin.

Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali, bekas Ahli Parlimen Pasir Mas dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) atau lebih dikenali Tok Him, hari ini menyarankan Maszlee untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan bagi menyelesaikan kemelut berkenaan.

Maszlee keberatan untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden UIAM kerana beliau menjelaskan, pelantikan tersebut datangnya daripada DYMM Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah sebagaimana nasihat Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ibrahim Ali dipetik berkata kepada Editor Malaysia; 

“Oleh kerana DYMM Sultan Pahang melantik Dr. Maszlee Malik sebagai Presiden UIAM dan demi menghormati kehendak DYMM Sultan Pahang, maka yang terbaik ialah Dr. Maszlee MELETAKKAN SEGERA JAWATAN SEBAGAI MENTERI PENDIDIKAN.”

“Maszlee perlu memilih salah satu (Menteri Pendidikan atau Presiden UIAM).”

“Tidak masuk akal langsung Dr. Maszlee tidak mampu mempersembahkan penjelasan kepada DYMM Sultan Pahang bahawa beliau Menteri Pendidikan dan menjadi konflik kepentingan jika memegang dua jawatan serentak, selain mendapat bantahan orang ramai.”

“Atau beliau berdolak dalik kerana GILA BANYAK JAWATAN selaras dengan Dasar Malaysia Baharu Kerajaan Pakatan Harapan.”

https://www.youtube.com/watch?v=yHdbESaNcq4

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts