KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PEMANTAU MALAYSIA BARU “1 PERHIMPUNAN DISEKAT, 5 PERHIMPUNAN KAMI BUAT”

392
SHARES
2.3k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA
PRESIDEN PEMANTAU MALAYSIA BARU
“1 PERHIMPUNAN DISEKAT, 5 PERHIMPUNAN KAMI BUAT”

Klip Video Malaysiakini ini cuba menggambarkan seolah-olah video ini bukti saya yang memulakan provokasi. Jawapan saya mudah, jika saya yang memulakan provokasi, munasabahkah saya melakukannya selepas pihak PDRM mengepung saya secara “seorang-seorang”.

Video ini menunjukkan dengan jelas bagaimana Tuan Siva telah mematahkan ‘microphone‘ yang saya pegang dan OCPD Mahathir telah mengoyakkan laporan polis kami.

Apa kata Malaysiakini keluarkan rakaman penuh perhimpunan supaya rakyat tahu bahawa OCPD Mahathir tersebut menipu wartawan dengan mengatakan saya melanggar perjanjian semasa perundingan.

Bila masa dia berunding dengan saya?

Semasa kami mula bergerak ke IPD Dang Wangi, beliau terus menahan kami dan melemparkan kata-kata kesat dengan nada yang tinggi sambil menunjukkan jari telunjuknya ke muka saya berulang kali.

Saya sudah menghadiri demonstrasi selama 22 tahun, sejak zaman Mahafiraun 1996 sehingga zaman Bapa Pelingkup Negara 2018. “SOP standard” yang digunakan oleh pihak polis untuk menghentikan satu-satu perarakan ialah mereka akan menahan pergerakan kami dan menghadkan 3-5 orang sahaja wakil yang dibenarkan membuat laporan polis.

Ada tak OCPD yang Tun Mahathir pindahkan dari Negeri Sembilan ke IPD Dang Wangi khusus untuk jaga perhimpunan yang bakal kami laksanakan dengan lebih kerap ini ada berbuat demikian?

Saya hendak beritahu OCPD Mahathir ini bahawa ini bukan zaman kuku besi Mahafiraun.

Yang tinggal memerintah negara ini hanyalah ‘saka’nya yang mewarisi kerajaan Datuk Seri Mohd. Najib  Tun Razak dan Pak Lah iaitu dua negarawan yang jauh lebih bertamadun. Sebuah kerajaan yang telah menghapuskan ISA, yang telah meminda AUKU untuk membenarkan mahasiswa berpolitik, yang telah membebaskan media, menghalalkan rakyat untuk bersuara dan telah memulangkan hak rakyat untuk berhimpun secara aman tanpa perlu memohon permit polis sepertimana yang termaktub di bawah Akta Polis sebelum kewujudan Akta Perhimpunan Aman.

Tiada siapa boleh nafi hak rakyat ini. Kami akan tetap lawan penguasa yang melakukan jenayah, melanggar “Rule of Law” dan mengamalkan Undang-undang Rimba.

Lagi tekan lagi kami akan lawan, dengan ini saya umumkan bahawa berikutan penafian hak kami untuk berhimpun dan membuat laporan polis 7 September lalu, maka kami akan mengadakan 5 perhimpunan yang bakal kami laksanakan bulan ini:

1. 10 September (Isnin) – Jam 2.00 petang di IPD Dang Wangi untuk laporan polis ke atas Tamrin Gaffar Yang Telah Menghina dan Menghasut Rakyat Membenci Institusi DiRaja
2. 14 September (Jumaat) – jam 2.00 petang kami akan berhimpun di Suhakam, Bagi Mengejutkan Suhakam Yang Sedang Nyenyak Tidur.
3. 16 September (Ahad) – Jam 9.00 malam – Himpunan Jangan Tertipu Lagi di Perkarangan Bangunan UMNO Sik, Kedah.
4. 17 September (Isnin) Jam 12.00 tengahari – PERHIMPUNAN ANTI SST di hadapan Pertama Complex, Jalan Tengku Abdul Rahman
5. 26 September (Rabu) Jam 8.30 malam – HIMPUNAN PERTAHAN YDP AGONG di Istana Negara (Pintu C, berhadapan Plaza Damas)

LOKMAN ADAM
Presiden
Pemantau Malaysia Baru

Sisi 1: Mikrofon Lokman dirampas oleh seorang pegawai polis yang berada di hadapannya pada saat ke-27, boleh dilihat melalui pautan video yang disiarkan di Facebook di bawah (pandangan hadapan Lokman)

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2127687210598343&id=100000712532752

Sisi 2: Siapa yang merampas mikrofon Lokman pada minit ke-3.27, boleh dilihat melalui video di bawah (pandangan belakang Lokman)

https://www.youtube.com/watch?v=FkHI3JQ-jkw

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts