KHAIRY SENYAP BILA ISLAM, RAJA-RAJA DAN MELAYU DIPERTIKAI – LOKMAN ADAM

359
SHARES
2.1k
VIEWS

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang sebelum ini aktif dalam Kementerian Belia dan Sukan untuk membina imej dirinya sendiri melalui program FIT Malaysia, kini semakin kerap bermain media sosial terutamanya Twitter, bagi mengkritik tindakan partinya sendiri termasuk cubaan beliau menjadi ‘ustaz’ dalam menghurai isu dua wanita lesbian disebat, baru-baru ini.

Beliau yang lantang mengkritik bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak selepas Barisan Nasional kalah di PRU-14, sering menongkah arus apabila kelihatan tidak selari dengan pucuk pimpinan UMNO.

Tindakan beliau melawan arus parti UMNO itu menguatkan persepsi bahawa beliau akan melompat parti ataupun mencari publisiti murahan untuk dirinya dipecat, seperti yang disindir oleh Datuk Lokman Noor Adam, Presiden Pemantau Malaysia Baharu.

Lokman juga mempertikaikan Khairy yang memperlekehkan program simulasi demonstrasi yang beliau buat di Janda Baik baru-baru ini, tetapi Khairy hanya mendiamkan diri apabila ada segelintir mereka yang mempertikai agama Islam sebagai agama Persekutuan.

Khairy juga hanya mendiamkan diri apabila ada pihak dan individu yang menghina YDP Agong dan Raja-raja Melayu.

Malah Khairy juga tidak berani mempertahankan hak istimewa orang Melayu yang jelas termaktub dalam Perlembagaan negara, termasuk pihak yang mempermainkan Bahasa Melayu, yang beliau tegaskan melalui siaran video yang menasihati bekas Menteri Belia dan Sukan tersebut.

“UMNO parti demokrasi, dalam parti ada berpandangan bawa UMNO kembali pertahan agama, hak istimewa orang Melayu, pertahan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, pertahan Raja-raja Melayu.”

“Empat elemen apa yg sudah dipersetujui dalam kontrak sosial dan termaktub dalam perlembagaan negara, bila mana kita bersetuju untuk memberikan “jus soli“, berikan warganegara, kewarganegaraan kepada orang India dan Cina yang menjadi warganegara Melaysia.”

“Ini yang telah dipersetujui dua-dua belah pihak, Melayu dan bukan Melayu dan termaktub dalam perlembagaan.”

“Adakah dengan mempertahan benda ini dianggap rasis?”

“Sedangkan orang yang mempertikai hak istimewa orang melayu, orang yang mempertikai hak Islam sebagai agama Persekutuan, orang yang mempertikai Bahasa Melayu, dimain-mainkan (Bahasa Melayu), orang yang hina Agong, saya tak pernah dengarpun komen dari orang yang dari Oxford ni (Khairy).”

“Jadi kalau dia tak bersetuju lagi dengan parti ni, dia rasa parti ni tak ‘trendy‘, bukan macam orang yang masuk majalah depan Maskulin, takde ‘standard’, dia pergilah join PKR.”

(Dipetik melalui siaran video di laman Facebook beliau).

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts