KHAIRY PAK LAWAK SEBENAR – LOKMAN ADAM

371
SHARES
2.2k
VIEWS

Baru-baru ini seperti biasa bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang suka menongkah arus dengan mencipta ‘trend‘ dalam kalangan pemimpin UMNO dengan “mengutuk pemimpin parti apabila kalah PRU-14”, kini memperlekehkan pula usaha gigih Datuk Lokman Noor Adam, Presiden Pemantau Malaysia Baharu yang memperjuangkan kelangsungan UMNO pasca PRU-14.

Berbanding Khairy yang hanya kerap bermain media sosial terutamanya Twitter, Lokman memilih untuk turun padang dengan mengadakan perhimpunan bantahan serta demonstrasi di mahkamah.

Termasuk baru-baru ini beliau menganjurkan Himpunan Kebangkitan Melayu di Pekan Kampung Gajah di Pasir Salak, Perak dan kursus simulasi demonstrasi di Janda Baik.

Walaubagaimanapun, kursus simulasi tersebut turut mendapat kritikan Khairy dengan mengatakan ia sebagai satu lawak jenaka sedangkan menurut Lokman, Khairy adalah Pak Lawak sebenar kerana ketika dalam UMNO sebagai Ketua Pemuda, beliau sendiri menggalakkan dan antara yang meluluskan peruntukan membuat kursus yang mempunyai elemen sebegini.

“Saya nak tegaskan kursus yang saya buat ini sejak dari 2009 dan KJ semasa Ketua Pemuda, dia antara org yg meluluskan peruntukan untuk buat kursus ini dan elemen yang ada sama dengan kursus-kursus sebelum ini.”

“Kalau dia kata kursus saya ini ada lawak jenaka, dialah “The Great Joker“, dialah yang dulu yang menggalakkan kita buat kursus-kursus ni semua.”

Khairy yang bijak mengintai dan mengambil peluang selepas PRU-14 untuk mensensasikan berita demi kepentingan diri sendiri seperti dalam kes dua lesbian disebat di Terengganu baru-baru ini dengan memberikan pandangan yang berlandaskan logik akal tanpa memahami ilmu agama yang mendapat kecaman ramai termasuk ahli UMNO sendiri.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts