PUAD: CERTOT MENGENAI DR MASZLEE

361
SHARES
2.1k
VIEWS

CERTOT MENGENAI DR MASZLEE

Oleh Mohd Puad Zarkashi
6 September 2018

Perlantikan Dr Maszlee sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang baru sudah tentu akan melahirkan lagi banyak CERTOT atau cerita kontot mengenai beliau. CERTOT adalah istilah baru hasil pemikiran kreatif Menteri bertaraf selebriti ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menjadi Menteri Pendidikan pernah dilantik Presiden UIA selama 10 tahun. Masalahnya Maszlee sendiri yang membuat kenyataan bahawa tiada lantikan politik di universiti. Dia mahu universiti bebas daripada pengaruh parti politik. Kenapa tidak kotakan janji. Lebih buruk lagi Setiausaha Politik beliau Mohd Nizam Morad juga dilantil sebagai Ahli Lembaga Pengarah UUM.

Bukankah lebih elok Dr Maszlee fokus kepada pendidikan di sekolah pedalaman. Ada beratus lagi sekolah pedalaman termasuk bertaraf P3 yang perlu perhatian khusus daripada Menteri. Apa salahnya beliau turun ke bawah melawat sekolah pedalaman walaupun terpaksa naik bot, 4WD dan tidur di rumah panjang.

Berdasarkan pengalaman, kalau Menteri tidak turun maka pegawai yang boleh membuat keputusan untuk meluluskan peruntukan tidak turun. Akibatnya terlepas pandang berlaku dan sekolah pedalaman terus usang. Maka, bagaimana padang permainan boleh disamaratakan? Saya berpengalaman tidur di 17 buah rumah panjang untuk melawat sekolah pedalaman. Pernah berjalan kaki 8 jam untuk sampai ke Sekolah Kebangsaan Saliliran di Sabah. Kerana itu barulah pegawai ikut melawat.

Dulu kita ada Menteri Populis. Sekarang kita ada Menteri Selebriti. Kedua-dua cara tersebut menyebabkan soal pokok dan dasar terpinggir. Mereka suka perkara yang menjadikan mereka ramai peminat sahaja.

Maaf CERTOT saya mengenai Dr Maszlee sudah menjadi CERPAN (cerita panjang).

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts