TIDAK MENGEJUTKAN MAHATHIR PERTAHAN SST LEBIH BAIK DARI GST

352
SHARES
2.1k
VIEWS

Rakyat tidak TERKEJUT apabila Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan kutipan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang menurutnya tidak banyak perbezaan di antara hasil SST dan kutipan sebenar GST.

Kelihatan Tun Mahathir tidak menyukai idea Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana pembatalan GST yang diganti dengan SST adalah satu langkah berundur ke belakang kerana lebih 170 buah negara telah melaksanakannya.

Rakyat tidak TERKEJUT Tun Mahathir menyimpan dendam dan ingin menghapuskan sebarang usaha dan inisiatif yang dilakukan pada zaman kerajaan sebelum ini yang diterajui oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, walau ia memberi manfaat untuk rakyat.

Malaysia pula membuat KEJUTAN mencipta sejarah dengan menjadi satu-satunya negara di dunia yang memperkenalkan kembali SST untuk menggantikan GST.

Tun Mahathir juga berkata GST lebih membebankan rakyat walaupun Menteri Kewangan Lim Guan Eng sendiri mengakui GST lebih telus.

Jika ditafsirkan pandangan Tun Mahathir dan pemimpin Pakatan Harapan yang bersetuju memansuhkan GST dan diganti SST ini secara logiknya ingin menyampaikan mesej ke seluruh dunia bahawa langkah Malaysia Baharu ini adalah yang terbaik.

Manakala 170 buah negara yang melaksanakan GST termasuk Singapura yang telah melaksanakannya sejak 1994 telah menggunakan cukai yang salah dan mereka wajar mencontohi Malaysia menggantikan  GST dengan SST yang tidak telus ini.

Selain itu, Tun Mahathir juga dipetik berkata tabung bayaran balik GST memberi gambaran seolah-olahnya GST dapat menjana lebih banyak wang untuk kerajaan.

“Pendapatan GST itu tidak seperti angka yang disebut oleh kerajaan yang dahulu. Katanya mereka dapat kumpul sehingga 40 billion ringgit GST, tetapi kita dapati bahawa sebahagian daripada wang itu perlu diberi balik kepada mereka yang bayar cukai kerana kita tak boleh kutip cukai dua kali.

“Dengan itu, jumlah SST dengan jumlah yang benar GST tak ada banyak beza. Kita dapati bahawa memadai kalau kita perkenal SST kerana bukanlah GST begitu besar kutipannya sehingga rakyat berasa tertekan.”

Juga tidak MENGEJUTKAN apabila Tun Mahathir mempertahankan kaedah pembayaran SST adalah lebih baik berbanding GST.

“Dengan itu, nampak seolah-olah GST itu mengumpul wang yang banyak. SST tak demikian.

“SST dibayar hanya sekali sahaja, tidak berkali-kali. Jadi tak perlu kita balik cukai yang berlebihan yang dikutip.”

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts