RAZLAN RAFII: PEGUAM NEGARA VETO KES RASUAH ANAK GUAM SENDIRI?

377
SHARES
2.2k
VIEWS

Peguam Negara Veto Kes Rasuah Anak Guam sendiri?

Oleh Datuk Razlan Rafii

3 September 2018

Kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa mereka terkejut dengan tindakan Peguam Negara menggugurkan kes Lim Guan Eng adalah satu peristiwa hitam bagi perundangan negara. Umum memang mengetahui bahawa Tommy Thomas merupakan peguam yang mewakili Lim di dalam kes ini dan sekarang beliau merupakan Peguam Negara.

Ramai menjangkakan kuasa yang diberi kepada Tommy akan melepaskan Lim Guan Eng, namun tidak sangka ianya dibuat secara veto oleh beliau.

Banyak wang rakyat sudah dibelanjakan untuk melaksanakan kerja-kerja penyiasatan kes Lim Guan Eng dan sepatutnya Peguam Negara lebih profesional dan memberi peluang kepada para hakim membuat keputusan. Sekiranya kertas pihak SPRM gagal menyediakan bukti kukuh di dalam kes ini maka ia tidak boleh dibawa ke mahkamah.

Peguam cara Datuk Engku Nor Faezah dan Datin Paduka Zauyah pernah berkata Peguam Negara tidak akan mencampuri kes Lim Guan Eng. Maka adakah hari ini mereka berani bersumpah bahawa kes Lim ini adalah satu kesilapan pihak SPRM dan Peguam Negara terdahulu kerana ianya ada kaitan dengan “pendakwaan politik”?

Rakyat hari ini menyaksikan satu lagi peristiwa hitam di dalam perundangan apabila Peguam Negara menggunakan kuasa veto mereka terhadap sistem keadilan negara.

Minta pihak SPRM siasat Peguam Negara kerana sudah pasti ada mempunyai unsur-unsur kepentingan hubungan anak guam dan Peguam Negara, juga unsur-unsur kepentingan Peguam cara dengan Peguam Negara yang mengendalikan kes ini.

Datuk Razlan Rafii
Aktivis Rakyat
3 September 2018

(Dipetik dari laman blog beliau)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts