ANWAR AKAN BERSAMA PEMBANGKANG MENGKRITIK KERAJAAN

381
SHARES
2.1k
VIEWS

Presiden Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan untuk bersama pembangkang seandainya menteri sedia ada hari ini melakukan penyelewengan dalam pentadbiran.

Beliau menegaskan, ia langkah mengelak salah guna kuasa yang boleh menjadi senjata kepada pembangkang untuk menyerang kerajaan.

Anwar sebelum ini membayangkan kemungkinan kembali semula menjadi Ahli Parlimen menjelang akhir tahun ini.

Bagaimanapun, beliau belum membuat keputusan mengenai kerusi Parlimen yang ingin beliau tandingi dalam pilihan raya kecil (PRK).

Ucapan dan azam beliau untuk turut serta bersama pembangkang tersebut diutarakan pada majlis penutup Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara (KBN) 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), semalam.

Tekad Anwar untuk bersama pembangkang dan tidak akan memihak kepada kerajaan sekiranya mereka cuai dan menyeleweng kelihatan agak janggal namun tidak menghairankan kerana ‘sifat membangkang’ beliau telah sebati dengan kehidupannya sejak 20 tahun lepas, apabila dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri.

“Sekarang saya hendak ingatkan menteri, giliran pembangkang untuk membaca laporan audit dan saya yang akan masuk Parlimen dalam masa singkat ini, kalau menang.”

“Kalau serangan pembangkang itu tepat dan ada kerosakan dan penyelewengan dan kecuaian menteri, saya akan bersama dengan pembangkang untuk turut menyerang.”

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts