KEJADIAN AMUK WAJAR DISELESAIKAN SEGERA UNTUK ELAK SPEKULASI

362
SHARES
2.1k
VIEWS

Satu kejadian amuk dan menyerang orang awam yang berlaku subuh tadi di dipercayai di sebuah warung di Taman Permai Batu 4 Simpang 3, Jeram, mengakibatkan seorang lelaki cedera parah dan beberapa pelanggan lain cedera ringan.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku apabila empat lelaki bertopeng bersenjata parang panjang mengamuk dan menetak pelanggan yang sedang minum dan telah mengundang pelbagai spekulasi yang kurang menyenangkan dalam kalangan netizen terutamanya pengguna Whatsapp.

Dikhuatiri masyarakat akan percaya dengan pelbagai cerita yang ditokok-tambah dan mula mengaitkan serangan dengan pelbagai rakaman video yang tular beberapa hari lepas yang mencerca dan menghina agama dan kaum tertentu, yang sepatutnya dibanteras segera.

Semoga pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dapat mengambil tindakan dengan segera agar perkara ini dapat dihentikan kerana akan menimbulkan keresahan dan kegemparan dalam kalangan masyarakat sekiranya dibiarkan berleluasa.

Netizen juga perlu bertanggungjawab agar jangan menularkan sebarang mesej dan memberi pandangan serta pelbagai teori tidak berkaitan yang hanya memburukkan keadaan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts