KONSPIRASI JATUHKAN HASANAH DIDALANGI PEGAWAI MEIO?

810
SHARES
4.7k
VIEWS

Terkini beliau anjurkan satu program ‘berkelah’ bersama bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak yang dirancang untuk diadakan di Dewan Memorial Tun Razak sebelum dipindahkan ke lokasi lain di kawasan tasik di Taman Botani Perdana, iaitu di ‘Bamboo House‘ kerana kebenaran menggunakan dewan tersebut telah ditarik balik.

Beliau ditanya oleh media ketika program berkelah tersebut mengenai surat Datuk Hasanah Abdul Hamid, Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan (MEIO), yang kononnya dihantar kepada Agensi Perisikan Pusat (CIA) untuk meminta Amerika memberi sokongan kepada Datuk Seri Najib sekiranya Barisan Nasional menang tipis dalam PRU-14.

Lokman Adam juga mendedahkan mengenai pembabitan pegawai MEIO sendiri yang ingin menjatuhkan Datuk Hasanah dan menggantikannya dengan orang lain.

Dakwaan ini membuktikan spekulasi dalam kalangan netizen mengenai ‘kerja orang dalam’ kerana pendedahan demi pendedahan dilakukan akhir-akhir ini yang memburukkan imej Bahagian Penyelidikan atau MEIO sendiri.

“Kita dapat maklumat bahawa orang bawah dia yang mainkan dia.”

“It is being exposed by someone below her so that they can replaced her (Ia didedahkan oleh seseorang di bawah beliau agar mereka dapat menggantikannya.”

Perkara ini yang tidak sepatutnya berlaku seolah-olah sengaja dilakukan untuk mengalih perhatian terhadap isu kerajaan yang semakin goyah dengan pelbagai isu kebelakangan ini ataupun individu yang melakukannya mempunyai agenda peribadi.

Dalam masa yang sama MEIO telah mendapat Ketua Pengarahnya yang baru iaitu Dato’ Ahmad Shublee bin Othman yang sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara 2 di Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sebagai rekod, Shublee sebelum ini menjawat jawatan sebagai Pengarah Direktorat Asia Timur di Bahagian Penyelidikan sebelum ditukarkan ke MKN pada 25 April 2016 sebagai Timbalan Setiausaha (Pengurusan Keselamatan) sebelum menjawat jawatan Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara 2.

Beliau juga dianugerahkan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) pada 27 Januari tahun ini yang membawa gelaran Dato’ yang disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. Beliau berkelulusan Master dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Ikuti video Lokman Adam mengenai pendedahan beliau:

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts