PUAD: TONY PUA PEGAWAI KHAS BERLAGAK MENTERI

368
SHARES
2.2k
VIEWS

TONY PUA PEGAWAI KHAS BERLAGAK MENTERI

Mohd Puad Zarkashi
30 Ogos 2018

Dua hari lepas Tony Pua umum dua perkara besar.

Pertama, bajet 2019 akan menggunakan kaedah “zero based budgeting“. Tony Pua cuma Pegawai Khas kepada Menteri. Bagaimana dia boleh mendahului Menterinya. Bahkan dia mendahului Perdana Menteri.Apatah lagi bajet adalah isu besar. Ia nadi Parlimen. Tanpa membahas dan meluluskan bajet, Parlimen tidak relevan. Nampaknya Pegawai Khas setaraf Menteri Kewangan.

Zero based budgeting” bermaksud bajet disediakan daripada kosong (scratch). Ia tidak lagi berasaskan jumlah peruntukan atau angka bajet tahun sebelumnya. Kebiasaannya setiap Kementerian akan meminta tambahan menggunakan jumlah bajet yang diluluskan tahun sebelumnya.

Praktis ini akan ditamatkan dalam menyediakan Bajet 2019. Ini strategi mengecilkan peranan dan tanggungjawab Kementerian berkenaan.

Apa yang dibimbangkan ia akan membawa kesan kepada Kementerian atau Jabatan yang ada kaitan dengan agama Islam, agenda Bumiputera, biasiswa dan pembangunan luar bandar.

Kedua, Tony Pua juga menyatakan, berbagai pendedahan mengenai salah laku kerajaan sebelumnya sudah berakhir. Isu besar sudah habis. Ini mengesahkan bahawa berbagai pendedahan sebelum ini adalah kerja Tony Pua.

Tugas Lim Guan Eng ialah bercakap di Parlimen sahaja. Dia hanya berani bercakap menggunakan imuniti Parlimen. Dia dicucuk hidung oleh Tony Pua yang menyediakan fakta separuh masak. Sebab itu pendedahan bekenaan tidak disusuli dengan tindakan Mahkamah, laporan Polis atau SPRM.

Tony Pua adalah penguasa sebenar di MOF.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts