RAJA PETRA: MASA TELAH TIBA BUAT PARTI MELAYU BERHALUAN KANAN

356
SHARES
2.1k
VIEWS

RAJA PETRA: MASA TELAH TIBA BUAT PARTI MELAYU BERHALUAN KANAN

Oleh Raja Petra Kamaruddin

30 Ogos 2018

DAP meminta MCA untuk meninggalkan Barisan Nasional dan menyertai Pakatan Harapan. PKR telah memberi amaran kepada rakyat Malaysia bahawa politik Melayu menjadi semakin berhaluan kanan.

Kini masanya telah tiba untuk parti Melayu berhaluan kanan ini untuk menguasai politik Malaysia. Sekiranya Umno menolak untuk kembali ke asas perjuangan mereka, maka parti berhaluan kanan baharu perlu dilancarkan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh UMNO.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali akan memainkan peranan tersebut melalui parti baharunya, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra).

Orang Melayu tidak boleh lagi bersikap apologetik atau malu untuk memperjuangkan hak mereka. Mengapa orang Cina, India dan ‘lain-lain’ (LGBT contohnya – editor) bercakap tentang berjuang untuk hak mereka tetapi apabila orang Melayu melakukan perkara yang sama, mereka dipanggil perkauman dan pelampau?

Berjuang untuk hak sendiri adalah hak yang dianugerahkan oleh Allah. Islam mengatakan jika seseorang menafikan hak anda atau membahayakan kebebasan anda, agama, harta dan/atau kehidupan maka anda berhak berperang melawan mereka.

Takkan Melayu Hilang Di Dunia” akan menjadi kenyataan sekiranya orang Melayu bangkit demi hak mereka dan mengelakkan nasib yang menimpa penduduk asli Amerika, yang secara kebetulan mempunyai DNA yang hampir sama dengan orang Melayu di Nusantara atau Asia Tenggara.

(Dipetik daripada laman web beliau Malaysia Today)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts