HADI AWANG: PERJANJIAN ECRL, SSER PERLU DIPERBETULKAN

353
SHARES
2.1k
VIEWS

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui terdapat kerumitan isu berhubung Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan projek saliran paip Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER) sama ada diteruskan atau ditangguhkan.

Sekiranya diteruskan, meskipun projek berkenaan akan memberi manfaat kepada rakyat di Pantai Timur dari segi ekonomi namun ada “perjanjian yang tidak menyenangkan” berhubung projek itu yang perlu diperbetulkan dan terserah melalui rundingan antara dua negara.

Namun Hadi tidak menjelaskan dengan lebih lanjut maksud perjanjian yang tidak menyenangkan dalam sidang media tersebut.

Mengulas lanjut, menurut beliau sekiranya projek tersebut dibatalkan, juga mempunyai kerumitannya yang tersendiri kerana terdapat perjanjian antara Malaysia dengan China yang tentunya tidak mudah untuk ditangani.

Beliau menyerahkannya kepada kerajaan untuk menilai dan memilih mana yang lebih baik.

“Kita kena sedar bahawa projek itu untuk kemudahan (rakyat dan negeri) Pantai Timur dari segi ekonominya dan Malaysia pun ke arah jalan segera untuk dihidupkan semula.”

“Tetapi di sana ada perjanjian-perjanjian yang tidak menyenangkan, itu yang perlu diperbetulkan dan terserah kepada majlis perundingan dan kerajaan pusat.”

“Tindakan untuk membatalkan (projek ECRL) tidak mudah kerana ada perjanjian yang telah dimeterai dan ada perjanjian antarabangsa yang perlu dihormati.”

“Mungkin akan alami banyak masalah sama ada dibatalkan atau diteruskan, tetapi kita perlu melihat mana yang terbaik.”

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts