PEKERJA UNTUNG, SYARIKAT TERSALAH TITIK PERPULUHAN

374
SHARES
2.1k
VIEWS

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa menyangka. Begitulah yang terjadi kepada seorang pekerja apabila majikannya tersalah titik perpuluhan yang mengakibatkan gajinya dibayar lebih 100 kali ganda daripada jumlah sebenar.

Masalah tersalah titik perpuluhan ini sebenarnya memberi implikasi yang besar apatah lagi apabila Menteri Kewangan ataupun pemimpin sesebuah negara yang melakukannya, suatu perkara memalukan yang sepatutnya dielakkan.

Pekerja tersebut yang berpendapatan lebih RM14 ribu sebulan, sebaliknya telah menerima hampir RM15 juta yang dimasukkan ke dalam akaunnya.

Kesilapan dilaporkan juruaudit di sana didakwa berpunca daripada kesilapan memasukkan data yang salah dan gagal bertindak dengan bijak apabila berdepan dengan amaran yang dikeluarkan sistem tersebut.

Pekerja tersebut yang tinggal di kawasan yang agak terpencil walaubagaimanapun bersikap budiman apabila mengembalikan wang tersebut kepada syarikatnya bekerja.

Kejadian itu adalah salah satu daripada 743 kes ‘terlebih bayar gaji’ yang dibuat antara Julai 2017 dan Januari 2018.

Daripada jumlah terlebih bayar melalui 743 kes tersebut sejumlah RM3.1 juta masih tidak dipulangkan sehingga akhir Januari lalu.

Kejadian di atas berlaku di Wilayah Utara, Sydney, Australia.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts