PENAHANAN HASANAH BERUNSURKAN POLITIK?

375
SHARES
2.2k
VIEWS

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan Datuk Hasanah Ab. Hamid, bekas Ketua Pengarah, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri petang tadi.

Penangkapan yang lebih bersifat politik itu kerana sebelum ini terdapat kebocoran surat beliau kepada Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang sepatutnya berstatus sangat sulit dan tidak patut didedahkan kepada umum walau apapun alasan yang diberikan.

Surat tiga helai tersebut boleh dinilai lebih kepada memaklumkan CIA untuk memberi sokongan kepada Barisan Nasional walaupun menang tipis dengan satu kerusi sahaja dan seumpama ‘amaran berlapik’ agar jangan mencampuri urusan negara.

Ini kerana rakyat telah tahu akan campur tangan CIA melalui Institut Republikan Antarabangsa (IRI) yang membantu pembangkang sejak 2002 dan tentukan agensi risikan Malaysia mengetahuinya lebih awal berbanding pendedahan Presiden IRI, Daniel Twining yang tular baru-baru ini.

Siasatan boleh dilakukan namun wajar dibuat secara rahsia seperti mana bahagian risikan itu sendiri berfungsi dan tidak perlu didedahkan kepada umum. Kebocoran maklumat sebegini akan memberikan implikasi yang besar kepada keselamatan dan kerahsiaan risikan negara yang selama ini tidak diketahui umum.

Kerajaan wajar membezakan antara politik dan pentadbiran yang baik (good governance) dengan mempraktikkan konsep ‘rule of law‘ dan bukannya konsep niat menghalalkan cara.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts