MAT SABU SAMBUT BAIK PELANTIKAN RAHIM NOOR

370
SHARES
2.2k
VIEWS

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu (Mat Sabu) menyambut baik pelantikan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor sebagai fasilitator baru untuk proses perdamaian di selatan Thailand dan memuji Rahim Noor sebagai berpengalaman luas dalam selok belok kawasan terbabit.

“Rahim Noor orang yang ditugaskan di zaman Tun Mahathir untuk berunding dengan komunis di Hatyai sehingga berjaya dapat tandatangan perjanjian damai pada 1989.”

“Jadi saya fikir beliau mempunyai pengetahuan berkenaan kawasan tersebut dan saya yakin perdana menteri melihat dari sudut kebolehan dan keupayaan itu, maka diberikan tugas itu kepada beliau.”

Mat Sabu berkata demikian dalam sidang media selepas majlis Perhimpunan Kementerian Pertahanan dan Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan 2018, di Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur, hari ini.

Pelantikan Rahim Noor bagaimanapun mendapat bantahan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dengan menyifatkan Abdul Rahim sebagai “penyerang ganas ke atas seorang lelaki yang tidak bersalah” kerana masih tidak dapat melupakan perbuatan Rahim Noor terhadap ayahnya.

Sungguhpun begitu, pandangan dan bantahan Izzah dibalas oleh Mat Sabu:

“Itu pandangan dia (Izzah), kita ini negara demokrasi, jadi kita bebas untuk memberi pandangan masing-masing.”

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts