NETIZEN PERTIKAI MAT SABU KE MASJID SYIAH

850
SHARES
4.7k
VIEWS

Menteri Pertahanan baharu, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, dikecam netizen apabila menyiarkan di laman Facebook mengenai kehadiran beliau di majlis korban di Masjid Zainabiyyah di Phatthalung, yang dikenali sebagai markas Syiah di wilayah tersebut. Beliau membuat siaran tersebut sekitar jam 4 petang semalam.

Juga terdapat gambar bertiga antara Mat Sabu bersama Ansor Lempan (berjubah) dan seorang individu lain dalam masjid tersebut yang mendapat maklumbalas daripada Dr. Rozaimi melalui laman Facebook-nya menasihati Mat Sabu agar berhati-hati kerana terdapat kitab yang dikaitkan dengan Syiah di belakang mereka bertiga.

Sebagai rekod, Ansor Lempan merupakan salah seorang penganut agama Syiah yang sering mempromosikan program yang disertai termasuk bersama agamawan Syiah di laman Facebook beliau.

Kehadiran Mat Sabu yang turut memberi ucapan di majlis tersebut dengan kehadiran Panglima 5 Wilayah Tentera Thailand dan Gabernor Wilayah. Kelihatan Mat Sabu turut menyembelih seekor lembu korban di majlis tersebut.

  

Sebelum ini dilaporkan kegiatan Mat Sabu dengan penganut agama Syiah sejak sekian lama yang menimbulkan keraguan akan penglibatan sebenar beliau kerana Syiah telah jelas difatwakan sesat di negara ini  oleh  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Jakim menafikan sekeras-kerasnya sekiranya ada dakwaan mengatakan terdapat fahaman Syiah yang mempunyai persamaan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara ini.

Netizen mempertikaikan sekiranya beliau sering menafikan sebagai Syiah, namun kenapa perlu melibatkan diri lagi dengan penganut agama Syiah?

Mat Sabu sepatutnya tidak membuka ruang dirinya untuk dipersoalkan apatah lagi beliau kini adalah seorang Menteri Pertahanan.

Mat Sabu wajar mengelakkan diri atau menolak sebarang jemputan yang tidak perlu apatah lagi yang memberikan persepsi buruk kepada beliau di kaca mata rakyat yang semakin skeptikal dengan beliau.

Ini yang menimbulkan keresahan Perdana Menteri di mana baru-baru ini beliau terpaksa mengaku secara terbuka mengenai masalah Menteri-menteri beliau yang tidak berpengalaman untuk menyelesaikan sesuatu isu.

Sebagai rekod, sebelum ini Mat Sabu telah membuat kontroversi dengan menarik kembali tentera Malaysia dari pakatan yang diketuai Arab Saudi untuk memerangi keganasan yang disertai oleh 34 buah negara lain, yang mendapat ucapan tahniah daripada Syiah Hezbollah yang memuji tindakan tersebut.

Serta kontroversi penutupan pusat Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) yang diwujudkan untuk membanteras golongan radikal dan ekstremis. Apa yang mencurigakan, penutupan tersebut dibuat tanpa melalui sebarang perbincangan multilateral bersama Arab Saudi.

Tindakan penutupan ini hanya memperlihatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak menghormati perjanjian walaupun pusat tersebut diilhamkan sendiri oleh Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

Buat makluman, Arab Saudi adalah negara yang konsisten memerangi Syiah Houti di Yemen yang berkait rapat dengan kerajaan Syiah di Iran serta menyatakan kesediaan menghantar tenteranya ‘bagi membantu mengamankan’ situasi di Syria, pimpinan Presiden Bashar Al-Assad yang dibantu oleh negara Rusia dan juga puak Syiah.

Berdasarkan kajian JAKIM, dakyah Syiah sebagai sebuah Mazhab berasaskan aliran Syiah Imamiyyah Ithna ‘Ashariyyah atau Imam Dua Belas mula aktif di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Iran pada 1979.

“Jadi ajaran Syiah yang diamalkan oleh pengikut di Malaysia sehingga kini adalah aliran Imam Dua Belas ini yang bercanggah dengan ajaran Islam.”  ~ JAKIM

Antara penyelewengan aliran Syiah Imam Dua Belas itu adalah:

* Meyakini imam adalah maksum iaitu terpelihara daripada sebarang dosa
* Mengkafirkan para Sahabat R.Anhum
* Tidak ada Solat Jumaat
* Mengharuskan jamak solat fardu dalam semua keadaan tanpa sebarang sebab
* Menghalalkan nikah Muta’ah
* Menolak Ijmak Ulama
* Penyanjungan yang keterlaluan kepada Saidina Ali sehingga disama tarafkan dengan Rasulullah S.A.W
* Menambah nama Saidina Ali dalam kalimah syahadah selepas nama Nabi Muhammad S.A.W

(Sumber JAKIM seperti yang disiarkan di laman web Astro Awani bertarikh 14 Disember 2013)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts