‘CERTOT’ MASZLEE ‘BACKLASH’ DIRI SENDIRI DAN KERAJAAN

417
SHARES
2.4k
VIEWS

Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee Malik mendapat kritikan netizen apabila menjemput semua rakyat Malaysia melalui laman Facebook beliau, untuk meluahkan rasa cinta terhadap negara dengan menghasilkan karya kreatif berupa ‘Certot’ sempena sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos ini.

Ramai dari kalangan netizen mengambil kesempatan melalui jemputan ‘certot’ dengan menyindir Dr. Maszlee dan Pakatan Harapan kerana gagal menunaikan pelbagai janji sejak menjadi kerajaan yang menjadi ‘backlash‘ buat dirinya dan kerajaan.

Perkara ini menambah keresahan dalam kalangan rakyat dan menjadi igauan ngeri Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana sebelum ini beliau sendiri mengakui menteri-menteri beliau tidak berpengalaman untuk menyelesaikan masalah serta kerap memberikan idea yang tidak masuk akal.

Sehingga Tun Mahathir terpaksa mengekalkan Majlis Penasihat Kerajaan atau ‘Council of Eminem Person‘ (CEP) dan melantik adik ipar Tun Daim Zainuddin, Dr. Muhammed Abdul Khalid sebagai Penasihat Ekonominya kerana para menteri-menterinya gagal menjalankan tugas seperti yang sepatutnya.

Sebagai rekod, Menteri-menteri Pakatan Harapan yang dilantik oleh Tun Mahathir adalah berdasarkan konsep persefahaman dan pembahagian adil antara parti dan bukannya berlandaskan merit serta kemampuan individu selain Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali yang dilantik tanpa melalui persetujuan dan senarai nama yang diberikan oleh PKR.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts