HARI RAYA AIDILFITRI JATUH PADA HARI ISNIN, 2 MEI 2022

355
SHARES
2.1k
VIEWS

Umat Islam di Malaysia hari ini menyambut Hari Raya Aidilfitri yang jatuh  pada hari Isnin, 2 Mei 2022. Pengumuman tersebut dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad pada malam Ahad.

Pengumuman tersebut sedikit-sebanyak telah menyebabkan kekalutan bagi majoriti rakyat Malaysia yang menjangkakan hari raya pada tahun ini jatuh pada hari Selasa. Kekalutan tersebut berlaku kepada ahli keluarga yang tidak membuat persiapan sepenuhnya namun ia dapat diatasi demi meraikan hari raya yang telah dua tahun tidak dirasai asbab pandemik Covid-19.

Apapun, segala-gala yang berlaku, telah ditetapkan Allah Taala dan tentu ada ‘khair‘ yakni kebaikan dalam setiap yang ditentukan Allah Taala. Perdana Menteri juga telah menganjakkan tarikh sambutan cuti Hari Pekerja yang jatuh pada hari Ahad sebelum ini dianjakkan ke hari Rabu, 4 Mei.

Justeru, semoga kemeriahan Hari Raya tahun ini dapat dirasai semua dan semoga amal-amal yang mampu diistiqamahkan di bulan puasa dapat diteruskan ke bulan-bulan seterusnya. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts