• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Friday, May 27, 2022
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

PUTRA PERSOAL KENAPA GURU BERSARA AWAL SEMAKIN MENINGKAT? 

Zulaika Yusuf by Zulaika Yusuf
April 29, 2022
in Pendidikan, Utama
0
PUTRA PERSOAL KENAPA GURU BERSARA AWAL SEMAKIN MENINGKAT? 
19
SHARES
212
VIEWS

29 April 2022

Menteri Kanan Pendidikan bimbang trend guru bersara awal sejak 2017 sehingga kini menunjukkan peningkatan. NUTP memberi alasan utama ialah sekolah “terpaksa memenuhi kehendak “atasan” bukannya melihat kepada ‘keperluan’ sekolah. Amalan “to impress not to improve” menjadikan guru-guru terbeban, yang dicampur-aduk dengan kerja-kerja bukan hakiki guru.

Terdapat banyak bahagian-bahagian di KPM yang boleh dikatakan bergerak secara ‘silo‘, sukar mendapat penyelarasan. Segala program dan arahan yang turun daripada ‘langit’ KPM iaitu daripada bahagian-bahagian akan melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan akhirnya berlonggok di sekolah. Di samping itu terdapat juga program JPN dan PPD yang menambah bebanan sekolah kerana sekolah adalah institusi pelaksanaan. JPN dan PPD hanya bertindak sebagai ‘rubber stamp’ di mana akhirnya pihak sekolah yang melaksanakannya.

Kurang kompetensi pengurusan dan wujud “kerenah sikap toksid” di peringkat JPN PPD dan sekolah juga memberi tekanan kepada guru-guru sehingga ramai yang memohon untuk bersara awal. Maksud kompetensi di sini ialah aspek profesionalisme, kepimpinan dan kebijaksanaan mengurus dan mentadbir institusi. Kelemahan daripada aspek kompetensi menjadi toksid dalam kepimpinan dan sikap yang mempengaruhi emosi guru. Aspek ini kurang diberi perhatian kerana terlindung oleh “pangkat kedudukan dan kuasa hubungan”. Ia juga menjadi ‘taboo‘ untuk dibincangkan dan hanya menjadi topik sampingan sebagai gosip yang dibincangkan di luar keutamaan.

Amalan pelantikan pegawai ke jawatan penting masih terdapat “whom you know dan bukannya what you know“. Ini ada kaitan dengan merit bukan menjadi keutamaan dalam pemilihan untuk dilantik tetapi “siapa kenal dan rapat dengan boss”. Amalan ini menidakkan mereka yang mempunyai merit dan potensi terbiar dan kecewa. Bagi jawatan utama di JPN dan PPD dipengaruhi oleh “kuasa tangan ghaib” . Mereka yang dilantik tidak kompeten akhirnya menjadi toksid dalam institusi.

Terlalu mengejar ‘glory‘ lebih kepada “to impress” akhirnya aspek “to improve” terabai. Ini berlaku kerana lebih ramai bersaing untuk mengejar nama sehingga aspek penambaikan pembelajaran murid sebagai tugasan hakiki terabai. Ini berlaku apabila musim-musim pertandingan kokurikulum dan sambutan-sambutan tertentu peringkat sekolah, PPD, JPN dan Kebangsaan. Guru-guru terbeban dengan persiapan, latihan dan pengelolaan.

Dalam aspek pembelajaran pula, ‘Aras Rendah’ iaitu “tahu, faham dan ingat” kurang diberi penekanan kerana asyik mengejar pembelajaran aras tinggi seperti Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Seharusnya mantapkan Aras Rendah terlebih dahulu supaya murid-murid mudah menerima pembelajaran KBAT. Seharusnya 6 tahun di sekolah rendah murid sudah boleh menguasai asas pembelajaran dengan baik jika penguasaan Aras Rendah berjaya dikuasai. 

Selain itu guru juga tertekan untuk menghabiskan silibus. Oleh yang demikian guru harus menghabiskan silibus walaupun terpaksa meninggalkan murid yang lemah  untuk menguasai Aras Rendah.

Sejak Covid-19, pembelajaran murid secara konvensional bertukar kepada E-learning yang memerlukan guru menguasai kemahiran ICT kerana terpaksa mengadakan pembelajaran secara dalam talian. Bagi senior yang kurang pendedahan dengan ICT, mereka rasa tercabar untuk mempelajari kemahiran baru yang menjadi beban kepada mereka dan jalan keluarnya adalah dengan bersara awal. Begitu juga dengan Pengetua dan Guru Besar yang terlibat dengan Pengurusan Sekolah yang bersifat rencam, birokrasi dan kompleks dengan pelbagai program dan arahan, justeru mereka memilih jalan mudah iaitu dengan bersara awal.

KPM perlu mengkaji secara komprehensif dan holistik supaya masalah bersara awal di kalangan pendidik dapat diatasi. Amalan dalam sistem pendidikan yang lebih bersifat arahan “top down” dan wujud pelbagai kerenah birokrasi dikaji semula. Pelantikan pegawai sepatutnya berdasarkan merit bukan pengaruh “tangan ghaib”. Proses penyenggaraan terutamanya guru-guru lama dengan pengetahuan dan kemahiran baru perlu selaras dengan perkembangan teknologi ICT dalam mendepani keperluan proses pembelajaran terkini.

Terima kasih. 

PUTRA PERKASA NEGARA

Hj Nasir Othman

Pengerusi PUTRA Pulau Pinang

Tags: Masalah GuruNasir Hj OthmanPUTRA
Previous Post

BAHAYA ‘KHEMAH BESAR’ BERSATU-PH

Next Post

CUBAAN HALANG HAKIM NAZLAN DISIASAT SPRM BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN

Zulaika Yusuf

Zulaika Yusuf

Related Posts

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PUTRA MENGENAI KEPUTUSAN PRN JOHOR

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PUTRA MENGENAI KEPUTUSAN PRN JOHOR

March 13, 2022
MALAYSIA PENUH DENGAN ‘PENYAKIT’ YANG TIDAK MAMPU DIUBATI

MALAYSIA PENUH DENGAN ‘PENYAKIT’ YANG TIDAK MAMPU DIUBATI

February 8, 2022
PUTRA KECAM MAJIKAN BUKAN ISLAM SEKAT PEKERJA ISLAM BERSOLAT

PUTRA KECAM MAJIKAN BUKAN ISLAM SEKAT PEKERJA ISLAM BERSOLAT

January 29, 2022
PERSIDANGAN AGUNG PUTRA TAHUN 2021 KALI KE-2 SESI 20/23

PERSIDANGAN AGUNG PUTRA TAHUN 2021 KALI KE-2 SESI 20/23

January 11, 2022
KENAPA ADIK AZAM BAKI TIDAK GUNA AKAUN SENDIRI? – PUTRA

KENAPA ADIK AZAM BAKI TIDAK GUNA AKAUN SENDIRI? – PUTRA

January 6, 2022
PUTRA PERTIKAI SIDANG MEDIA ANTARA ABU ZAHAR UJANG DAN AZAM BAKI

PUTRA PERTIKAI SIDANG MEDIA ANTARA ABU ZAHAR UJANG DAN AZAM BAKI

January 5, 2022

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In