PASLEAK BUKTI KECURANGAN DAN SIFAT KHIANAT PAS

354
SHARES
2.1k
VIEWS

Pelbagai persoalan timbul apabila terbocornya dokumen yang melibatkan parti ‘Islam’ PAS yang mahu ‘membunuh’ UMNO dengan cara yang keji dan membelakangkan undang-undang. PAS sepatutnya berakhlak mulia seperti yang diperintahkan Allah Taala, bukan hanya menampilkan imej Islam seperti berjanggut dan berserban, kerap memetik ayat Al-Quran dan hadis, tetapi hakikatnya berhati serigala. 

Perintah agar berakhlak mulia ini termasuklah tidak berdusta dalam berkata-kata, tidak memungkiri janji serta tidak khianat apabila diberikan amanah. Kelihatannya PAS bukan sahaja gagal melaksanakannya malah bersikap angkuh apabila ditegur.

Sikap pantang ditegur ini amat menonjol apabila alasan tidak masuk akal diberikan bagi menafikan mereka terlibat dalam pakatan jahat untuk membunuh UMNO – sedangkan PAS sepatutnya meminta maaf kepada UMNO kerana ada segelintir pemimpin-pemimpinnya yang mengamalkan politik kotor dan keji serta bertentangan dengan Islam. 

Selain itu, terbocornya dokumen ini juga membuktikan bahawa Muafakat Nasional bersama UMNO selama ini hanyalah retorik semata-mata kerana dalam masa yang sama PAS bermesyuarat untuk membunuh UMNO.

Ini sekaligus menyerlahkan sikap khianat mereka terhadap parti Melayu Islam yang lain serta dalam masa yang sama sanggup pula  menimbangkan kerjasama dengan DAP kononnya bagi membantu mereka memenangi pilihan raya. Hipokrasi ini jelas dilihat kerana jika benar PAS inginkan kemenangan di PRU-15 tentunya pilihan terbaik adalah bersama UMNO. 

Sungguhpun begitu, perancangan Allah Taala mengatasi perancangan jahat dan keji mereka. Perancangan ini ditakdirkan Allah dibocorkan oleh orang PAS sendiri yang tidak mahu bersekongkol dengan tindakan khianat dan tidak bermaruah psrti tersebut.

PAS ketika ini hanya sibuk mencari dalang dalam cubaan _‘discredit’_ pembocor dokumen PASleak, bukannya cuba memulihkan hubungannya sesama Islam.

Dalam masa yang sama mereka juga takut sekiranya ada maklumat lain yang akan dibocorkan. Oleh kerana itulah PAS masih belum berani membuat laporan polis bahawa PASleak merupakan satu fitnah ke atas mereka kerana khuatir apa lagi yang akan dibongkarkan seterusnya.

PAS jangan lupa, Allah itu ada dan bersama mereka yang dianiaya. PAS juga jangan lupa bahawa perbuatan khianat dan memutuskan silaturrahim ini haram di sisi Islam dan Allah Taala serta Rasulullah SAW malah mencela perbuatan tersebut.

Cukup-cukuplah PAS, jika benci dengan UMNO sekalipun, janganlah membuat tindakan yang berdosa dan dilaknat Allah Taala. Cukup-cukuplah mengelirukan rakyat terutamanya ahli-ahli dan penyokong-penyokong sendiri dengan keangkuhan di dunia yang pasti dibalas di akhirat kelak.

Seperti mafhum hadis, jika ingin menyukakan manusia tetapi menyebabkan kemurkaan Allah Taala, pasti dan pasti Allah Taala akan mencampakkan kemurkaannya kembali ke dalam hati mereka yang disukakannya sebelum ini. Janji Allah itu pasti. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts