• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Friday, May 27, 2022
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

HIPOKRASI ANWAR, KAREN DAN PAKATAN HARAPAN DALAM ISU HAKIM NAZLAN

Hakikatnya sikap double standard dan memihak mereka itulah yang tidak berPerlembagaan

Adenan Mohd. Noor by Adenan Mohd. Noor
April 28, 2022
in Khas, Laporan
0
HIPOKRASI ANWAR, KAREN DAN PAKATAN HARAPAN DALAM ISU HAKIM NAZLAN
27
SHARES
298
VIEWS

Blogger Raja Petra Kamaruddin (RPK) membuat pendedahan demi pendedahan mengenai Hakim Mohd Nazlan Ghazali yang menimbulkan minat dalam kalangan rakyat untuk mengetahui kebenaran sebenarnya. Hanya melalui siasatan yang telus tanpa memihak kepada sesiapa maka kebenaran akan terungkap.

Jika siasatan dan pendakwaan hanya dibuat setengah jalan maka tentu keadilan yang mahu ditegakkan tidak akan mampu dicapai. Raja Petra mendakwa mempunyai bukti dan mendedahkannya secara berperingkat termasuk memberitahu mengenai kandungan emel antara pihak terlibat dalam SRC dengan hakim tersebut.

Malangnya Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin lain termasuk Presiden Majlis Peguam Karen Cheah Yee Lynn menyelar tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menyiasat Hakim Nazlan. Bagi mereka tindakan ini merupakan satu intimidasi terhadap beliau dan cubaan ‘discredit‘ walaupun Hakim Nazlan sendiri sudahpun membuat laporan polis terhadap Raja Petra.

Apabila laporan dibuat maka tentu siasatan akan dilakukan sama ada oleh SPRM dan Polis DiRaja Malaysia untuk mencari kebenaran, bukannya dengan cara mendesak agar siasatan dihentikan  kononnya kerana bertentangan dengan Perlembagaan. Sikap hipokrasi Anwar, Karen dan Pakatan Harapan ini begitu menonjol dan double standard kerana mereka tidak pula mempertikai tindakan menyiasat dan menjatuhkan hukuman ke atas hakim-hakim lain sebelum ini.

Apa agenda sebenar Pakatan Harapan? Apa yang mereka takutkan ataupun cuba untuk menyorokkan sesuatu? Kenapa tindakan SPRM menyiasat laporan yang dibuat kepada pihaknya dikatakan sebagai tidak berPerlembagaan? Bukankah Anwar, Karen dan Pakatan Harapan sendiri arif dengan undang-undang, justeru apakah muslihat ataupun apakah keuntungan yang mahu mereka raih dengan ‘menekan’ SPRM?

Mungkin Anwar, Karen dan Pakatan Harapan perlu belajar undang-undang semula dan menghayati prinsip keluhuran Perlembagaan. Janganlah apabila SPRM menyiasat seteru politik mereka dikatakan sebagai kedaulatan undang-undang tetapi apabila kena atas batang hidung sendiri maka dikatakan pula sebagai tidak berPerlembagaan.

Hakim Nazlan sendiri tentu malu dengan sikap kepura-puraan Anwar, Karen dan Pakatan Harapan yang cakap berdegar-degar tetapi tidak mahu menjunjung prinsip kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan. Apa sahaja yang mereka buat hanya untuk keuntungan diri sendiri. 

Justeru, biarkan SPRM dan pihak berkuasa selesaikan siasatan dan menyerahkan laporan mereka kepada Peguam Negara untuk membuat dakwaan. Cukup-cukuplah mengelirukan rakyat yang mahu tahu kebenaran di sebalik dakwaan terhadap Hakim Nazlan. 

Tags: AnwarAzam BakiKaren Cheah Yee LynnMohd. Nazlan Mohd. Ghazalisprm
Previous Post

KENAPA PAKATAN HARAPAN ‘TAKUT’ HAKIM NAZLAN DISIASAT SPRM?

Next Post

PASLEAK BUKTI KECURANGAN DAN SIFAT KHIANAT PAS

Adenan Mohd. Noor

Adenan Mohd. Noor

Related Posts

SURAT TERBUKA ISHAM JALIL KEPADA KETUA HAKIM NEGARA

SURAT TERBUKA ISHAM JALIL KEPADA KETUA HAKIM NEGARA

April 30, 2022
CUBAAN HALANG HAKIM NAZLAN DISIASAT SPRM BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN

CUBAAN HALANG HAKIM NAZLAN DISIASAT SPRM BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN

April 30, 2022
KENAPA PAKATAN HARAPAN ‘TAKUT’ HAKIM NAZLAN DISIASAT SPRM?

KENAPA PAKATAN HARAPAN ‘TAKUT’ HAKIM NAZLAN DISIASAT SPRM?

April 28, 2022
CUBAAN RAFIZI TUMPANG POPULARITI NAJIB MENERUSI DEBAT?

CUBAAN RAFIZI TUMPANG POPULARITI NAJIB MENERUSI DEBAT?

April 10, 2022
SAH RAFIZI SINDIR ANWAR

SAH RAFIZI SINDIR ANWAR

March 17, 2022
GUAN ENG ‘CUCUK’ RAFIZI TANDINGI JAWATAN PRESIDEN PKR

GUAN ENG ‘CUCUK’ RAFIZI TANDINGI JAWATAN PRESIDEN PKR

March 17, 2022

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In