KENAPA PAKATAN HARAPAN ‘TAKUT’ HAKIM NAZLAN DISIASAT SPRM?

390
SHARES
2.3k
VIEWS

Tindakan beberapa pemimpin Pakatan Harapan termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikai tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mula menyiasat Hakim Mohd Nazlan atas beberapa laporan polis terhadapnya menimbulkan keresahan dan keraguan dalam kalangan rakyat.

Ini kerana Pakatan Harapan yang kononnya mahu melakukan ‘reformasi total’ dan menegakkan “rule of law” tidak pula membantah apabila beberapa hakim sebelum ini bukan sahaja disiasat seperti Hakim Nazlan, malah ada yang telahpun dijatuhkan hukuman. Anwar dan Pakatan Harapan tidak boleh bersikap dwi-standard apabila tidak bertindak ‘membela’ hakim-hakim tersebut tetapi bersikap memilih pula dalam isu Hakim Nazlan.

Rakyat tertanya-tanya apakah muslihat ataupun niat sebenar mereka yang tiba-tiba cuba menangguk di air keruh kerana sepatutnya Anwar dan Pakatan Harapan memberikan ruang seluas-luasnya kepada SPRM bertindak atas laporan yang diterimanya.

Alasan tidak berperlembagaan, intimidasi ke atas hakim ataupun cubaan menganiaya beliau tidak sepatutnya ditimbulkan. Ini kerana hakim ataupun Perdana Menteri sekalipun tidak terlepas dari undang-undang. Jika seorang Perdana Menteri boleh didakwa di mahkamah, inikan pula seorang hakim yang perlu kepada keadilan.

Bukankah dengan siasatan ini membuktikan ketelusan SPRM dan juga memperlihatkan satu amalan murni bahawa undang-undang itu adil dan perlu terlihat adil? Bahkan melalui siasatan ini pasti boleh membersihkan Hakim Nazlan sekiranya beliau tidak terlibat seperti yang didakwa. Atau adakah Anwar dan Pakatan Harapan termasuk mereka yang membantahnya seperti Majlis Peguam tidak mempercayai sistem kehakiman di negara ini?

Hakikatnya tindakan mereka membantah dan menyelar ini merupakan satu indimidasi terhadap penjawat awam seperti SPRM yang cuba menegakkan undang-undang mengikut kuasa dalam Perlembagaan yang diperuntukkan kepada badan tersebut. Anwar dan Pakatan Harapan sepatutnya meraikan siasatan yang dibuat dan bukannya bertindak membelakangkan undang-undang melalui sikap berpihak mereka.

Undang-undang itu buta dan tidak mengenal kedudukan sesiapa atau jawatannya. Tindakan Anwar dan Pakatan Harapan ini juga merupakan satu cubaan untuk mengganggu siasatan SPRM yang sedang berjalan berdasarkan laporan yang dibuat, bukannya sesuka hati cuba ‘menganiaya’ Hakim Nazlan. Selain itu bukankah Hakim Nazlan sendiri mahu beliau dibersihkan melalui proses undang-undang dan kerana itulah beliau sendiri sudah membuat laporan polis. Jika tidak bersalah, tiada sesiapa perlu takut atau bersikap cuba menyorokkan sesuatu. 

Justeru, mana-mana pihak sama ada Anwar, Pakatan Harapan dan Majlis Peguam serta NGO tertentu yang tidak bersetuju dengan tindakan SPRM ini wajar menunjukkan contoh kepada rakyat termasuk kepada penyokong-penyokong sendiri dengan mengalu-alukan siasatan SPRM  bagi membersihkan Hakim Nazlan atau sesiapa jua.

Jangan hanya berkokok tetapi ekor bergelumang tahi. Jangan hanya cakap berdegar-degar mahu reformasi menyeluruh tetapi hakikatnya diri sendiri tidak mahu mendaulatkan undang-undang.

Apapun, syabas Tan Sri Azam Baki dan SPRM kerana tetap menyiasat di sebalik tekanan berterusan oleh Anwar dan Pakatan Harapan serta Majlis Peguam. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts