• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Friday, May 27, 2022
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

PASLEAK: CERMINAN AKHLAK DAN ‘KEIMANAN’ PEMIMPIN-PEMIMPIN PAS?

Adenan Mohd. Noor by Adenan Mohd. Noor
April 22, 2022
in Politik, Utama
0
PASLEAK: CERMINAN AKHLAK DAN ‘KEIMANAN’ PEMIMPIN-PEMIMPIN PAS?
28
SHARES
309
VIEWS

Pelbagai pihak menuntut penjelasan PAS sama ada mahu menafikan ataupun menyaman pihak yang membocorkan dokumen atau minit mesyuarat mereka sendiri. Tinjauan rambang Editor Malaysia ke atas pelbagai platform media sosial termasuk kumpulan WhatsApp, meminta PAS berani ke depan menyaman atau setidak-tidaknya pemimpin-pemimpin mereka bersumpah laknat.

Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor Isham Jalil turut meminta kepimpinan PAS untuk melakukan perkara yang sama iaitu berani bersumpah jika benar tidak terlibat. PAS tidak perlu takut ataupun gentar jika tidak bersalah dan perlu menghentikan masalah yang diciptanya sendiri.

Ketika ini, pemimpin-pemimpin PAS dilihat tidak berani berdepan dengan isu ini dan hanya bertindak mengelak dengan pelbagai alasan tidak masuk akal. Haji Hadi sendiri dilihat seolah-olah tidak berani mengatakan dokumen tersebut sebagai ‘fitnah’, sebaliknya hanya berkata  beliau berharap “penyebarnya akan tanggung di akhirat“. Seperti hanya mahu penyebarnya menanggung dosa tetapi bukan pelaku-pelakunya yang direkodkan itu sepatutnya bertanggungjawab. 

Sedangkan melalui dokumen yang bocor ini, ia bukan sahaja memalukan parti ‘Islam’ tersebut, malah memperlihatkan kerakusan segelintir pemimpin-pemimpinnya dalam berpolitik untuk kekal berkuasa. Siapa sangka dengan imej warak, berkopiah, berjanggut dan sesetengahnya berserban, tetapi hakikatnya gelojoh, tamak, berniat buruk dan bertindak di luar batas undang-undang. Apatah lagi gelaran ‘penunggang agama’, imej PAS kini tercalar teruk dan akan memburuk jika pimpinan PAS memandang remeh isu PASleak ini. 

Apapun helah PAS, inilah tanggapan majoriti rakyat Malaysia ketika ini terhadap parti mereka dan sekiranya PAS berani, adakan sahaja ‘poll‘ atau undian untuk mengetahui setakat mana rakyat Malaysia percayakan PAS ketika ini. Bagi mereka, pemimpin-pemimpin PAS ketika ini tidak ada bezanya seperti pemimpin-pemimpin DAP dan Pakatan Harapan yang sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa.

PAS pula tidak boleh menggunakan alasan kononnya dokumen itu sebagai ‘sampah’ atau seperti menurut kata-kata Presiden PAS Haji Hadi, “hanya loyar buruk melayan surat layang” kerana di dalamnya wujud pelbagai strategi kotor dan keji, yang tentunya bukan mencerminkan akhlak seorang Islam. Ditambah buruk, dalam dokumen bocor tersebut turut menyatakan kesanggupan PAS untuk bekerjasama kembali dengan DAP. 

Agak pelik juga apabila sehingga kini tidak terlihatpun inisiatif daripada pimpinan PAS untuk menyiasat atau menghentikan rencana politik kotor dan keji segelintir pemimpin-pemimpinnya dalam mencatur kuasa  itu jika benar-benar berlaku – yang mungkin sebelum ini hanya sanggup dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Zionis sahaja. PAS sepatutnya keras bertindak terhadap mereka yang terlibat, demi menjaga imej ‘Islam’ PAS. 

Apapun, penghormatan patut diberikan kepada pemimpin-pemimpin PAS terutama Haji Hadi kerana isu ini bagi mereka hanyalah ‘sampah’, sedangkan ketika ini moral dan integriti pemimpin-pemimpinnya sedang diuji dan menjadi tontonan serta cemuhan masyarakat. 

Kesimpulannya, pemimpin-pemimpin PAS yang dinamakan wajar bersumpah laknat bagi menafikan penglibatan mereka, malah parti PAS sendiri wajar berikrar atau berjanji tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemimpinnya yang bertindak keji sedemikian.

Jika PAS tidak berani, maka selagi itulah dokumen Pasleak yang menonjolkan ‘sisi gelap’ pemimpin-pemimpin PAS ini akan dianggap tulen oleh rakyat Malaysia.

Tags: Ahmad SamsuriHadi AwangPASleakTakiyuddin
Previous Post

RIDHUAN TEE, LOMPAT KATAK DAN BERSATU

Next Post

PASLEAK: ISMAIL SABRI WAJAR NAFI TERLIBAT

Adenan Mohd. Noor

Adenan Mohd. Noor

Related Posts

PASLEAK BUKTI KECURANGAN DAN SIFAT KHIANAT PAS

PASLEAK BUKTI KECURANGAN DAN SIFAT KHIANAT PAS

April 28, 2022
ANNUAR MUSA HATI TISU, CEPAT KOYAK?

ANNUAR MUSA HATI TISU, CEPAT KOYAK?

April 25, 2022
CUBAAN PH ‘BUNUH’ UMNO KINI DITERUSKAN PAS-PN

CUBAAN PH ‘BUNUH’ UMNO KINI DITERUSKAN PAS-PN

April 24, 2022
APA SEBENARNYA YANG ANNUAR MUSA MAHU?

APA SEBENARNYA YANG ANNUAR MUSA MAHU?

April 24, 2022
PASLEAK UMPAMA GENDANG PERANG SECARA SENYAP – UMNO

PASLEAK UMPAMA GENDANG PERANG SECARA SENYAP – UMNO

April 23, 2022
PASLEAK: ISMAIL SABRI WAJAR NAFI TERLIBAT

PASLEAK: ISMAIL SABRI WAJAR NAFI TERLIBAT

April 23, 2022

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In