BENARKAH BERSATU PULAU PINANG BOIKOT PRN JOHOR? 

365
SHARES
2.1k
VIEWS

KUALA LUMPUR – Ketua Bahagian Bersatu Balik Pulau, Pulau Pinang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri  (ADUN) kawasan Telok Bahang, Zolkifly Md. Lazim mendedahkan terdapat beberapa Ketua Bahagian  Bersatu dari Pulau Pinang yang memboikot kempen PRN Johor baru-baru ini.

Pendedahan terbaharu yang mengejutkan itu mendakwa disebabkan tindakan tersebut, ia menjadi antara punca kekalahan Bersatu walaupun Johor merupakan negeri Presiden Bersatu.

Jelasnya, keputusan untuk tidak membantu kempen dalam PRN Johor itu dibuat oleh beberapa Ketua Bahagian Bersatu yang bermesyuarat pda pertengahan Februari lalu.

Beliau (Zolkifly) sendiri telah dijemput menyertai mesyuarat itu bersama ketua-ketua bahagian pada pertengahan Februari lalu, namun tidak dapat hadir disebakan beberapa urusan lain.

Ada lagi beberapa Ketua Bahagian lain yang tidak  hadir.”

Namun, saya difahamkan, mesyuarat yang disertai beberapa Ketua Bahagian dari Pulau Pinang itu kemudian membuat keputusan dan ketetapan bahawa Bersatu Pulau Pinang tidak akan turun membantu kempen parti di PRN Johor,” katanya.

Tambahnya, keputusan berkenaan secara jelas menunjukkan mereka memboikot PRN Johor dan ini adalah antara faktor kekalahan Bersatu di sana. Zolkifly juga tidak menolak kemungkinan tindakan Ketua-ketua Bahagian dari Pulau Pinang itu adalah kerana tidak berpuas hati dengan Bersatu Pusat atas beberapa perkara. Menurutnya, kemungkinan juga disebabkan ada permintaan dari mereka kepada Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang gagal dipenuhi.

Beliau berkata, pada awalnya Bersatu Pulau Pinang diberi tanggungjawab menjaga dua kawasan di Johor  iaitu Kulai dan Tanjung Piai. Tambah beliau, dua kawasan itu dijadikan sebagai kawasan ‘angkat’ kepada Bersatu Pulau Pinang. Jelasnya, disebabkan tindakan memboikot itu, tanggungjawab dua kawasan berkenaan telah diambil alih oleh Bersatu Sarawak.

Berikutan pendedahan tersebut, Zolkifly tidak menolak kemungkinan beliau juga akan menjadi ‘mangsa’ boikot oleh pihak tertentu termasuk usaha menyingkirkan beliau dari parti. Beliau menggesa, Presiden parti dan kepemimpinan tertinggi Bersatu mengambil tindakan tegas termasuk menstrukturkan semula jentera parti bagi menghadapi PRU akan datang.

Antara langkah ialah kita perlu aktifkan semula pusat latihan parti bagi memastikan setiap ahli dan ketua-ketua bahagian benar-benar komited dalam memperjuangkan agenda parti,” katanya.

 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts