• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Friday, May 27, 2022
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

KUNJUNGAN RASMI KE DUBAI: MENTERI SABOTAJ ISMAIL SABRI?

Tindakan mengarahkan dua diplomat kanan pulang juga telah menimbulkan keresahan dalam kalangan penjawat awam

Kamarool Haidi by Kamarool Haidi
April 10, 2022
in Semasa, Utama
0
KUNJUNGAN RASMI KE DUBAI: MENTERI SABOTAJ ISMAIL SABRI?
53
SHARES
593
VIEWS

Tindakan mengarahkan dua diplomat kanan iaitu Duta Besar Tarid Sufian dan Konsul Jeneral Hasril Abdul Hamid pulang ke ibu negara setelah rombongan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Luar Saifuddin Abdullah tidak disambut oleh mana-mana pegawai tinggi atau pemimpin kanan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Dubai telah menimbulkan kemarahan netizen dan juga pegawai-pegawai di kementerian.

Kegagalan Saifuddin menasihatkan atau setidak-tidaknya memaklumkan Perdana Menteri mengenai ketidaksesuaian lawatan rasmi diadakan di negara tersebut ketika kejadian tersebut berlaku, telah menimbulkan bukan sahaja kesukaran di pihak Kementerian Luar terutamanya para diplomat di UAE tetapi ia juga telah menimbulkan perasaan serba-salah di pihak UAE sendiri. 

Sumber daripada UAE memberitahu, pihak mereka telah mengatakan dengan jelas bahawa pihaknya bukan enggan menyambut kedatangan Ismail Sabri dan perwakilan lain ke sana tetapi mereka sendiri berdepan dengan kesukaran dan kekangan masa untuk membuat persiapan.

Ini kerana menurutnya ketika itu kehadiran beratus-ratus kenamaan daripada seluruh dunia setiap hari sempena Ekspo Dunia Dubai 2021 membuatkan UAE sendiri terpaksa menasihati agar perwakilan daripada negara ini menangguhkan kunjungan tersebut.

Menurut beliau, perkara ini merupakan protokol biasa dan sewajarnya pihak Kementerian Luar boleh memberi makluman dan menasihatkan Perdana Menteri untuk membuat lawatan rasmi pada masa yang lebih sesuai selepas tamatnya ekspo tersebut. Ketika itu tentu Ismail Sabri akan disambut seperti mana protokol biasa terhadap mana-mana kunjungan rasmi para Ketua Negara ke negara tersebut.

Selain itu sumber kami juga memberitahu bahawa pihak Perdana Menteri juga sudah sedia maklum kehadirannya di Dubai tidak akan mendapat sambutan memandangkan ia bukannya ibu negara malah jika beliau berkunjung ke Abu Dhabi sekalipun pada masa tersebut, kehadiran beliau hanya akan mampu disambut oleh pegawai kanan kementerian UAE dan bukannya seperti protokol biasa sambutan terhadap Ketua Negara. Menurutnya lagi, ketika itu pihak Perdana Menteri ‘okay’ sahaja dengan keadaan tersebut. 

Lebih malang, dua diplomat kanan pula telah di’kambing-hitamkan’ dan kini perkara ini telah menimbulkan kemarahan penjawat awam terutamanya pegawai-pegawai di Wisma Putra sendiri. Ketidakecekapan dan kurang kepekaan menteri telah mengakibatkan penjawat awam menjadi mangsa dan, seolah-olah Perdana Menteri pula disabotaj dan dimalukan. 

Bagi membetulkan keadaan, Ismail Sabri dan PMO wajar memanggil Duta Besar dan Konsulat Jeneral tersebut untuk memberikan pencerahan bahawa di pihak mereka telahpun melaksanakan tugas sebaik mungkin tetapi jika menteri sendiri tidak mengendahkannya dan PMO juga tidak mahu membela mereka maka mereka sendiri tidak wajar dipersalahkan. Bahkan UAE sendiri telahpun menasihati sebaik mungkin agar tarikh kunjungan Perdana Menteri ditangguhkan ke waktu yang lebih sesuai. 

Selain itu, bukankah Perdana Menteri sendiri sudah sedia maklum bahawa sudah ada pelbagai cubaan untuk mensabotaj beliau apabila tiada pelaburan dibawa balik apabila berkunjung ke mana-mana negara sebelum ini – seolah-olah cuba memberi gambaran bahawa beliau tidak cekap dan tidak mampu menggalas tugas sebagai Perdana Menteri.

Justeru, Ismail Sabri perlu menjadi hero dan pembela bagi penjawat awam yang kesetiaannya ditumpahkan kepada kerajaan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Perdana Menteri semasa. Jika tidak beliau, kepada siapa lagi penjawat awam hendak mengadu? 

Tags: Ismail SabriPMOSaifuddin AbdullahUAE
Previous Post

TINJAUAN CLPD MALAYSIA: NAJIB LEBIH POPULAR BERBANDING PEMIMPIN LAIN

Next Post

ISMAIL SABRI ‘MELUTUT’ KEPADA SAIFUDIN ‘KATAK’ DEMI DASAR LUAR SEJAHTERA?

Kamarool Haidi

Kamarool Haidi

Related Posts

BELIA SAMBUT BAIK INISIATIF PERDANA MENTERI UMUM TOL PERCUMA, DISKAUN SEHINGGA 50 PERATUS SEMPENA AIDILFITRI

BELIA SAMBUT BAIK INISIATIF PERDANA MENTERI UMUM TOL PERCUMA, DISKAUN SEHINGGA 50 PERATUS SEMPENA AIDILFITRI

April 26, 2022
PASLEAK: ISMAIL SABRI WAJAR NAFI TERLIBAT

PASLEAK: ISMAIL SABRI WAJAR NAFI TERLIBAT

April 23, 2022
ISMAIL SABRI ‘MELUTUT’ KEPADA SAIFUDIN ‘KATAK’ DEMI DASAR LUAR SEJAHTERA?

ISMAIL SABRI ‘MELUTUT’ KEPADA SAIFUDIN ‘KATAK’ DEMI DASAR LUAR SEJAHTERA?

April 13, 2022
TINJAUAN CLPD MALAYSIA: NAJIB LEBIH POPULAR BERBANDING PEMIMPIN LAIN

TINJAUAN CLPD MALAYSIA: NAJIB LEBIH POPULAR BERBANDING PEMIMPIN LAIN

April 30, 2022
MYSEJAHTERA TIDAK AKAN BERTUKAR STATUS JIKA TIDAK MENGAMBIL BOOSTER?

MYSEJAHTERA TIDAK AKAN BERTUKAR STATUS JIKA TIDAK MENGAMBIL BOOSTER?

March 21, 2022
KERAJAAN AKHIRNYA SETUJU WANG KWSP RM10,000 DIKELUARKAN

KERAJAAN AKHIRNYA SETUJU WANG KWSP RM10,000 DIKELUARKAN

March 16, 2022

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In