CUBAAN RAFIZI TUMPANG POPULARITI NAJIB MENERUSI DEBAT?

351
SHARES
2.1k
VIEWS

Tindakan bekas Ahli Parlimen Kampung Pandan iaitu Rafizi Ramli cuba menumpang populariti Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak dilihat sebagai tindakan terdesak beliau untuk dilihat masih relevan dalam dunia politik negara. Tindakan beliau mengajak Najib berdebat bukanlah kerana isu tersebut melibatkan kepentingan rakyat seperti dakwaannya tetapi semata-mata mahu melonjak segera dalam politik negara yang telah ditinggalkannya hampir tiga tahun yang lalu. Seperti baru keluar daripada gua, habis semua dikritiknya termasuklah Presidennya sendiri.

Beliau  yang dilihat semakin kurus tentunya memerlukan ‘booster‘ untuk menempatkan dirinya kembali di persada politik tanahair selain mempunyai agenda peribadi mahu menjawat jawatan Timbalan Presiden PKR. Walaupun tindakan Rafizi mengkritik Presidennya sendiri Dato’ Seri Anwar Ibrahim mungkin hanya sandiwara seperti biasa atau mungkin beliau semakin besar kepala selepas hampir tiga tahun ‘pencen’ daripada berkecimpung dalam dunia politik dan merasakan dirinya sahajalah yang hebat seperti formula minyak RM1.50 seliter. 

Apapun alasan Rafizi, hakikatnya beliau sudah tidak lagi relevan dalam negara ini sama ada berpolitik ataupun tidak. Mungkin kerana perniagaannya gagal maka tindakannya kembali ke dunia politik hanyalah sebagai batu loncatan untuk menaikkan dirinya kembali dan bukannya berjuang untuk kepentingan rakyat.

Seperti biasa, Rafizi, PKR dan Pakatan Harapan hanya mahu memperguna  dan memperdaya rakyat seperti yang berlaku di Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang lepas. Apabila memerintah, tindak-tanduk mereka mengalahkan “kera mendapat bunga”, semuanya serba tidak kena, saling bercakaran dan akhirnya kerajaan Pakatan Harapan tumbang hanya selepas 22 bulan. 

Debatlah sampai PRU-15 sekalipun, rakyat kini sudah tahu tembelang Pakatan Harapan dan bijak menilai yang mana fakta dan yang mana auta. Rakyat tidak akan tertipu lagi dengan lakonan “pelawak-pelawak politik” pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts