• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Friday, May 27, 2022
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

ISU PENJUALAN MYSEJAHTERA, KERAJAAN PERLU LEBIH TELUS – TOK MAT

Kamarool Haidi by Kamarool Haidi
March 29, 2022
in Semasa, Utama
0
ISU PENJUALAN MYSEJAHTERA, KERAJAAN PERLU LEBIH TELUS – TOK MAT
16
SHARES
182
VIEWS

Timbalan Presiden UMNO Dato’ Seri Utama Mohamad Bin Hasan, membuat teguran agar kerajaan lebih telus dalam isu Mysejahtera yang menurutnya perlu selari dengan matlamat asal pembangunannya. 

Beliau juga bertegas dalam isu keperluan mekanisme semak dan imbang yang sangat diperlukan agar keutuhan maklumat peribadi rakyat Malaysia tidak di kompromi.

Berikut merupakan kenyataan penuh beliau;

Aplikasi MySejahtera dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia bagi tujuan pengawasan penularan wabak COVID-19. Alhamdullilah, ia adalah aplikasi yang sangat membantu dan bermanfaat.

Namun laporan pelantikan entiti persendirian, MySJ Sdn. Bhd. sebagai syarikat yang akan menguruskan applikasi MySejahtera untuk fasa seterusnya, adalah sesuatu yang membimbangkan.

Walaupun Kementerian Kesihatan Malaysia telahpun memberikan penjelasan, ada beberapa kekeliruan yang wajar dijelaskan. Terutamanya tentang pelantikan MySJ Sdn. Bhd. melalui mekanisme rundingan terus, dan bukannya melalui tender terbuka. Rakyat berhak mengetahui rasional dan motif serta kemampuan entiti yang terlibat.

Apa lagi kerana keputusan sebegini melibatkan pengurusan data peribadi dan maklumat kesihatan, pergerakan dan tren kehidupan puluhan juta rakyat Malaysia.

Janganlah kita lupa bahawa aplikasi ini dibangunkan pada awalnya sebagai suatu tanggungjawab sosial korporat untuk mendepani pandemik yang menular. Apa-apa tujuan lain selain pengawalan pandemik memerlukan kerajaan melakukan libat urus yang komprehensif dengan semua pemegang taruh, terutamanya rakyat Malaysia.

Segala rencana menaik-taraf penggunaan aplikasi tersebut, bagi memudahan urusan pendermaan organ atau apa jua urusan kesihatan yang lain, walaupun bermanfaat, namun adalah tidak selari dengan tujuan asal pembangunan aplikasi tersebut.

Dan sekiranya cadangan menaik-taraf dan mempelbagaikan fungsi MySejahtera ini ingin dilakukan, mekanisme semak dan imbang sangat diperlukan bagi memastikan keutuhan maklumat peribadi rakyat Malaysia tidak dikompromi.

Malaysia akan memasuki fasa endemik mulai 1 April 2021. Kerajaan juga wajar memutuskan rasional penerusan pendaftaran melalui MySejahtera dan kewajipan pengaktifan MySJTrace.

Rakyat Malaysia tidak boleh selamanya dibebani dengan mekanisme ‘surveillance’ yang secara langsung, mencerobohi privasi dalam pergerakan dan kehidupan seharian mereka. Tentukanlah tempoh masa, sebelum semua ini boleh kita hentikan, demi normalisasi kehidupan rakyat Malaysia sama seperti sebelum pandemik. 

Ketelusan dalam semua perkara ini adalah sangat penting, dalam mengukuhkan keyakinan rakyat tentang pelan kerajaan dalam melebarkan aplikasi MySejahtera daripada fungsi asalnya.

Dato Seri Utama Mohamad Bin Haji Hasan

Rujuk laman Facebook beliau di pautan; https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=511528036988013&id=100043924639250

Tags: Data Perlindungan PeribadiMySejahteraTok Mat Hasan
Previous Post

UKRAINE PAKSA RAKYATNYA JADI “PERISAI MANUSIA”

Next Post

SCAMMER SASAR GOLONGAN VIP

Kamarool Haidi

Kamarool Haidi

Related Posts

PASLEAK UMPAMA GENDANG PERANG SECARA SENYAP – UMNO

PASLEAK UMPAMA GENDANG PERANG SECARA SENYAP – UMNO

April 23, 2022
PASLEAK: ISMAIL SABRI WAJAR NAFI TERLIBAT

PASLEAK: ISMAIL SABRI WAJAR NAFI TERLIBAT

April 23, 2022
MYSEJAHTERA TIDAK AKAN BERTUKAR STATUS JIKA TIDAK MENGAMBIL BOOSTER?

MYSEJAHTERA TIDAK AKAN BERTUKAR STATUS JIKA TIDAK MENGAMBIL BOOSTER?

March 21, 2022
UMNO TIDAK AKAN SESEKALI BERPAKAT DENGAN BERSATU, DAP – TOK MAT

UMNO TIDAK AKAN SESEKALI BERPAKAT DENGAN BERSATU, DAP – TOK MAT

March 16, 2022
HAJI HADI TIDAK WAJAR TUDUH PRN JOHOR SEBAGAI STRATEGI “KLUSTER MAHKAMAH”

HAJI HADI TIDAK WAJAR TUDUH PRN JOHOR SEBAGAI STRATEGI “KLUSTER MAHKAMAH”

January 30, 2022
UMNO BANGKIT ATAS DUKUNGAN ORANG MELAYU SERTA PRESTASI BURUK PH DAN PN

UMNO BANGKIT ATAS DUKUNGAN ORANG MELAYU SERTA PRESTASI BURUK PH DAN PN

January 30, 2022

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In