TAHNIAH UNIVERSITI MALAYA, SELESAI ISU BONUS UM HOLDINGS

502
SHARES
3k
VIEWS

Tahniah kepada Pengerusi Lembaga Pengarah-Pengarah Universiti Malaya, Tan Sri Zarinah Anwar kerana dengan pantas telah menyelesaikan isu bayaran bonus untuk Ahli Lembaga Pengarah anak syarikatnya. Tan Sri Zarinah telah mengarahkan Universiti Malaya Holdings (UMH) untuk membatalkan keputusan pembayaran bonus itu.

Isu tersebut hangat diperkatakan apabila Pengerusi UMH, Tan Sri Abdul Rahim Mohamad telah mencadangkan bayaran bonus itu dan diluluskan oleh lembaga pengarahnya. Inilah pertama kali lembaga pengarah dan anak syarikat universiti awam membayar bonus kepada lembaga pengarah. Jumlah bayaran bonus itu dikatakan mencecah RM500,000 dan ia telah mengundang kemarahan ramai.

Dengan penyelesaian isu tersebut, warga UM pastinya menyambut baik ketegasan Tan Sri Zarinah bagi mengembalikan maruah universiti terulung di Malaysia.

Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) turut menarik nafas lega kerana isu tersebut telah dapat diselesaikan. Kalau tidak, pasti Menteri akan diheret sekali lagi untuk memberi penjelasan berkenaan UM. Isu lantikan pelajar muda sebagai Lembaga Pengarah Universiti masih belum terjawab sehingga kini.

Dikhabarkan pihak KPT turut bersetuju dengan keputusan LPU yang telah menasihatkan Pengerusi UM Holdings untuk meletak jawatan bagi memberi ruang memulihkan nama baik Universiti Malaya. Kami berharap Pengerusi UM Holdings yang baharu akan lebih sensitif dengan keadaan semasa, lebih-lebih lagi dengan kehendak warga UM sendiri.

Ucapan penghargaan jua buat Tan Sri Abdul Rahim yang menawarkan peletakan jawatan Pengerusi UM Holdings (walaupun bukan dengan kerelaan sendiri) demi memelihara nama baik UM. Langkah beliau wajar diteladani oleh ahli lembaga yang turut sama terbabit membuat keputusan dalam isu tersebut yang amat tidak disenangi semua pihak.

Saya ingin sudahi dengan ungkapan ini. “Tuai padi antara nampak, esok jangan layu-layuan, kami semua sudahpun nampak, apa lagi nak lengah-lengahkan.”

Orang KPT

Putrajaya.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts