MYSEJAHTERA TIDAK AKAN BERTUKAR STATUS JIKA TIDAK MENGAMBIL BOOSTER?

364
SHARES
2.1k
VIEWS

Apabila sudah dua kali Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat pengumuman terbuka mengenai tidak wajib pengambilan vaksin dan dos penggalak atau booster, rakyat tetap tertanya-tanya sama ada statusnya akan bertukar daripada “lengkap vaksinasi” berwarna kuning kepada “tidak lengkap” dan berwarna putih, jika tidak mengambil dos tambahan tersebut. 

Khairy juga mendapat tamparan kedua apabila Perdana Menteri juga berkata Akta 342 yang mahu dibentangkannya di Parlimen sudah ditolak mentah-mentah oleh Ismail ketika berucap di Persidangan Agung UMNO baru-baru ini. Difahamkan, beliau juga keluar awal semasa Perdana Menteri berucap, seolah-olah tidak berpuas hati dan tidak bersetuju dengan ketegasan Perdana Menteri dalam membuat keputusan melibatkan kementeriannya.

Mungkin Khairy tidak berpuas hati kerana Ismail Sabri membuat keputusan tegas yang menyentuh portfolio beliau yang dilihat semakin menekan rakyat dengan pelbagai cadangan yang membebankan. Diharapkan Perdana Menteri akan terus bertegas dan tidak ‘menghukum’ rakyat yang tidak mengambil booster jika tiada keperluan ataupun sihat tubuh badan.

Justeru, diharapkan MySejahtera mereka juga tidak akan bertukar status dan warnanya pada April ini seperti pernah diumumkan Khairy sebelum ini. Jika tidak, tiada gunanya Perdana Menteri membuat pengumuman tersebut jika Menteri Kesihatan masih boleh bertindak sesuka hati menukar status vaksinasi rakyat yang sudahpun kerajaan sendiri isytihar sebagai lengkap. 

Selain itu Ismail Sabri juga wajar memaklumkan Menteri Agama mengenai tindakan beberapa masjid yang hanya membenarkan jemaah yang sudah mengambil dos penggalak sahaja untuk memasuki masjid. Dengan pengumuman Perdana Menteri ini pihak masjid sepatutnya tidak boleh dibenarkan membuat SOP sesuka hati yang tidak selari dengan ketetapan yang dibuat kerajaan.

Negara juga dalam fasa peralihan menuju endemik, rakyatpun sudah lebih 98 peratus divaksin, maka sudah-sudahlah menghalang jemaah daripada menunaikan kewajipan walaupun ada sebahagian kecil yang belum bersedia divaksin. Dakwah adalah mengajak manusia kepada Allah, mengajak umat ke rumahNYA, bukannya menghalang mereka dengan alasan tidak vaksin atau lupa membawa sejadah. 

Pesanan kepada Khairy pula, cukup-cukuplah menekan dengan pelbagai saranan yang menyukarkan kehidupan rakyat yang sudahpun cukup sukar. Kepada kerajaan, permudahkanlah dan jangan dipersulitkan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts