BEZA HAJI HADI DAN PENGURUS PASUKAN BOLA SEPAK

377
SHARES
2.2k
VIEWS

Presiden PAS Haji Hadi Awang yang juga Duta Khas Timur Tengah bertaraf menteri, mengatakan partinya baru berada dalam “gear satu dan sudah biasa kalah“. Beliau juga seperti biasa bersikap angkuh dan suka mempersenda serta menyindir pihak lain. Beliau menyindir kononnya ada parti yang ‘lembik lutut’ apabila kalah yang jelas ditujukan kepada UMNO yang mungkin dilihat beliau sebagai ‘nemesis‘ kepada partinya.

Beliau juga berkata partinya tidak takut kalah walaupun bukan sebuah parti yang kaya. Sepatutnya mereka yang kalah akan merendah diri dan bersikap positif, bermuhasabah diri serta merenung kesalahan diri sendiri. Apatah jika lagi kalah berkali-kali, maka tentu ada sesuatu yang tidak kena, sama ada parti atau Hadi. 

Sikap ‘tok guru’ yang digelar ulama dalam kalangan PAS tidakpun mencerminkan akhlak Islam yang dituntut dalam agama malah boleh membuatkan anak muda di negara ini keliru atau mislead dengan penampilan dan perwatakan warak, tetapi hakikatnya tidak tahu menjaga mulut dan suka menyakiti hatta sesama Islam. Mungkin dalam diam Haji Hadi sakit hati keterlaluan kerana kalah berterusan dan strateginya main banyak ‘kolam’ tidak berjaya. Sehinggakan amarah menguasai diri dan gagal mengawal lidahnya.

Tetapi jika dilihat dalam banyak kenyataan beliau selama ini memang terlihat sikap angkuh sudah sebati dalam diri Haji Hadi. Beliau tiada kualiti dan akhlak sebagai seorang ulama dan ‘tok guru’ sehinggakan ada netizen yang melabelnya sebagai ‘tok gurau’ sahaja tidak lebih daripada itu. 

Sungguhpun begitu, pujian boleh diberikan kepada Ahli Parlimen Marang itu yang menerajui PAS sejak 2003 kerana berjaya mengekalkan konsistensi kekalahan PAS tanpa rasa mahu berundur diri setelah hampir 20 tahun menerajuinya. PAS pula masih yakin dengan Haji Hadi walaupun beliau sendiri sudah tidak yakin dengan dirinya sendiri. 

Seperti sebuah pasukan bola sepak, jika pengurusnya asyik berkata “kami baru gear satu” dan “kami biasa kalah walaupun bukan pasukan kaya” serta suka ‘menganjing’ pasukan lawan, maka tentu sudah lama beliau akan dibuang. Ini kerana beliau bukan sahaja tidak profesional dan suka mencari gaduh, tetapi dilihat sangat tidak bertanggungjawab apabila tidak kisah pasukannya selalu kalah.

Sebagai rekod, kebiasaannya jika sebuah pasukan bola sepak selalu kalah Liga Negeri dan Liga Utama serta tidak kaya, gaji dan elaun pengurus pasukannya tentu sahaja rendah dan tidak akan mencapai sehingga puluhan ribu sebulan. Pengurus itu juga tidak akan malu mengaku menjadi punca pasukannya kalah dan akan berundur diri secara terhormat. 

Terbalik pula dengan Haji Hadi yang digelar tok guru, “pasukan bola sepak”nya konon tidak kaya tetapi beliau sendiri mendapat habuan gaji dan elaun besar berjumlah puluhan ribu ringgit sebulan. Maklumlah, ia dibayar melalui wang rakyat, bukan wang partinya sendiri maka Haji Hadi sedikitpun tidak rasa bersalah walaupun kerja sendiripun tidak ketahuan. 

Kesimpulannya, Haji Hadi perlu yakin dengan parti sendiri dan berundurlah secara terhormat jika masih ada sekelumit “roh Islam” dalam dirinya. Berilah laluan kepada pemimpin lain yang jauh lebih berhemah dan benar-benar berakhlak mulia mengikut ajaran Islam.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts