ADA APA DENGAN KONFLIK RUSIA-UKRAINE?

368
SHARES
2.2k
VIEWS

Satu dunia terkejut apabila secara tiba-tiba Presiden Rusia Vladimir Putin mengerahkan anggota tenteranya ke Ukraine dalam satu “operasi khas ketenteraan” dengan tujuan mengatasi ancaman ke atas negaranya dalam jangka masa panjang.

Ini kerana Ukraine menjadi pusat bagi Barat dan Eropah untuk mengekang, mengintip dan menjalankan aktiviti rahsia biologi ketenteraan yang ditaja Amerika Syarikat.

Apapun alasan Putin, tentunya gambaran sebenar dan perkiraan untuk melaksanakan operasi tersebut sudah dirangka daripada awal dan bukan tindakan melulu untuk memasuki sebuah negara yang berjiran dengannya.

Berikut beberapa perkara yang boleh dilihat melalui kaca mata media dalam konflik antara Rusia-Ukraine;

1. Media memainkan peranan penting menaikkan kembali imej Presiden Ukraine Volodymyr Oleksandrovych Zelenskyy yang merudum jatuh sebelum perang akibat daripada beberapa isu dalam negaranya termasuk terpalit dengan pendedahan Pandora Papers

2. Zelenskyy dilihat sebagai hero negaranya apabila tidak bertindak keluar melarikan diri bersama ahli keluarga, menyebabkan sokongan rakyat kembali kepadanya, yang melupakan seketika skandal beliau ketika ini

3. Media juga berperanan memainkan naratif tertentu dengan tujuan menaikkan semangat rakyat dan tentera Ukraine serta melemahkan semangat tentera Rusia dan menimbulkan kemarahan ahli keluarga mereka serta rakyat Rusia

4. Media juga bijak mencetuskan emosi dan melonjakkan kemarahan komuniti dunia dengan memperlihatkan ‘kelemahan’ Ukraine dalam menghadapi Rusia walaupun blok Barat dan Eropah mendukungi mereka sepenuhnya

5. Sekaligus Ukraine berjaya menggerakkan komuniti dunia sebagai ‘cytro rakyat‘ bagi ‘menentang’ Rusia dalam dunia siber dan di dunia nyata pula puluhan ribu militan mula membanjiri Ukraine

6. Jika Chechnya bersama Rusia dalam operasi khas ini, sebaliknya puluhan ribu militan telah tiba di Ukraine termasuk pengganas Daesh daripada wilayah Idlib, Syria dan bekas tentera elit serta komando Israel yang menyokong penuh Ukraine bagi mendepani kemaraan tentera Rusia

7. Sebagai rekod, beberapa bekas tentera elit Israel sememangnya berada dalam pasukan tentera Ukraine membantu mereka dengan pengetahuan yang ada selama berkhidmat di negara Zionis tersebut

8. Presiden Zelenskyy juga dilihat bijak memainkan emosi pemimpin-pemimpin negara sekutunya terutama Amerika Syarikat

9. Walaupun Barat dan Eropah sentiasa bersama Ukraine namun digambarkan mereka kononnya “tidak dapat membantu”

10. Dalam masa yang sama Presiden Zelenskyy membuat pelbagai video seolah-olah tiada langsung bantuan yang sampai

11. Naratif “Presiden Zelenskyy berjaya selamat daripada berbelas cubaan bunuh” ke atasnya turut menaikkan kemarahan ramai, sedangkan jika benar Presiden Putin mahu membunuhnya, cukup dengan hanya satu cubaan oleh pasukan elit Rusia 

12. Ia berjaya mencetuskan simpati dan kemarahan masyarakat dunia yang kemudiannya menuntut pelbagai tekanan tambahan buat Rusia

13. Blok Barat dan Eropah yang diketuai Amerika Syarikat akan memperlihatkan mereka kononnya ‘terpaksa’ mengikut desakan rakyat masing-masing yang simpati dengan Ukraine 

14. Jika rancangannya berjalan lancar, Zelenskyy dijangka akan memperoleh sokongan berterusan sebagai Presiden untuk satu jangka masa yang lama

15. Perkara ini pasti menguntungkannya secara peribadi dan secara tidak langsung juga akan menguntungkan blok Barat serta Eropah kerana Ukraine tentu ‘terhutang budi’ dengan mereka 

16. Naratif Ukraine ‘mengatasi’ Rusia dimainkan dengan baik sekali dan menjadi carian teratas di YouTube serta media sosial lain, antaranya propaganda “Ghost of Kyiv” yang jelas diada-adakan

17. Walaupun Kementerian Pertahanan Ukraine sendiri gagal menunjukkan bukti dan tersilap memuatnaik video latihan ketenteraan dalam usaha untuk membuktikannya, tetapi propaganda ini tetap dipercayai oleh rakyat Ukraine dan masyarakat dunia

18. Ini telah memudahkan gerak saraf, perang saraf (GSPS) serta propaganda atau kini dalam bahasa moden ia digelar sebagai ‘public relation‘ atau perhubungan awam untuk dimainkan oleh pelbagai pihak secara berterusan

19. Di samping itu ia juga mencetuskan jutaan ‘cytro rakyat‘ secara sukarela di seluruh dunia yang bergabung secara tidak langsung ‘menentang’ Rusia walaupun saling tidak mengenali

19.1. Bagi memudahkan pemahaman, serangan netizen atau ‘cytro rakyat‘ ini boleh dilihat melalui serangan rakyat Malaysia terhadap Israel sehingga mencetuskan fenomena ‘Israel Koyak‘ suatu ketika dahulu

20. Ukraine juga memaparkan pelbagai alatan dan kenderaan tentera Rusia termasuk kereta kebal yang berjaya dimusnahkan atau terpaksa ditinggalkan oleh tentera Rusia

21. Termasuk kononnya konvoi Rusia tersekat kerana kekurangan makanan dan bekalan minyak untuk meneruskan operasi

22. Pelbagai video juga dikeluarkan untuk menunjukkan komander perang atau pegawai tentera kanan Rusia terbunuh oleh serangan tentera atau militan Ukraine yang ‘lemah’ dan tiada alatan persenjataan canggih seperti Rusia

23. Selain itu, pelbagai video yang mendapat jutaan tontonan mengenai ‘kekalahan’ dan pengunduran Rusia termasuk kapal perangnya tertembak jet pejuang sendiri dikeluarkan, walaupun tanpa sebarang bukti dikemukakan (seperti propaganda Ghost of Kyiv berjaya menembak jatuh enam buah pesawat tempur Rusia) 

24. ‘Influencer‘ di media sosial dalam kalangan ‘cytro rakyat‘ juga memainkan peranan masing-masing termasuk mengajar tips mengenali dan memusnahkan kereta kebal, kenderaan membawa peralatan komunikasi atau yang membawa pegawai tertinggi tentera Rusia – untuk dimusnahkan lebih awal

25. Beberapa hos rancangan ternama di Amerika Syarikat seperti Trevor Noah melalui The Daily Show turut menyelar Rusia dan Presiden Putin dengan memainkan propaganda Rusia mengkhianati gencatan senjata dan sengaja mengebom kediaman-kediaman awam

26. Individu terkaya di dunia, Elon Musk juga berjaya ‘dipujuk’ membantu Ukraine selepas Timbalan Perdana Menteri Ukraine Mykhailo Fedorov merayu bantuannya

27. Beliau kemudiannya menghantar dan mengaktifkan satelit Starlink betul-betul di atas ruang angkasa Ukraine, atas jangkaan Rusia mematikan perkhidmatan internet dan melakukan serangan siber di negara tersebut 

28. Beliau turut mencabar Presiden Putin untuk berlawan “one to one” dengannya, dengan menjadikan Ukraine sebagai ‘taruhan’

29. Tindakan ini sekaligus menaikkan ‘rating‘ Ukraine dan Presiden Zelenskyy apabila masyarakat dunia melihat hatta ‘techno king‘ seperti Elon Musk turut memainkan peranan membantu Ukraine, sekaligus menjadikan Rusia dan Presiden Putin sebagai penjahat serta penjenayah perang

30. Rusia juga dikatakan memecat lapan atau lebih daripada pegawai tertinggi tenteranya kerana gagal menyalurkan maklumat tepat sebelum operasi khas dilancarkan – dalam cubaan ‘discredit‘ operasi khas pihak Rusia 

31. ‘Era‘ iaitu sistem komunikasi ‘cryptophone‘ Rusia yang dikatakan sebagai ‘bulletproof‘ dan mampu beroperasi dalam apa jua keadaan, juga didakwa gagal berfungsi dengan baik oleh pihak keselamatan Ukraine dengan berkata mereka berjaya memintas perbualan dua pegawai FSB

32. Paling utama, propaganda dimainkan berterusan untuk menggambarkan moral tentera Rusia kini “berada di tahap paling rendah” dan video penangkapan serta pengakuan mereka direkodkan

33. Usaha ini dibuat untuk melemahkan moral tentera-tentera Rusia serta ahli keluarga mereka yang melihatnya melalui kaca mata propaganda media

34. Ironinya, Ukraine yang kononnya “terjejas teruk” dengan serangan Rusia, menubuhkan satu “call centre” untuk ahli keluarga tentera Rusia yang terlibat dalam operasi khas di Ukraine

35. Tujuannya agar keluarga di Rusia boleh menghubungi talian tersebut untuk mengetahui status anak atau ahli keluarga masing-masing yang terlibat dalam operasi khas tersebut

36. Hakikatnya talian “khidmat masyarakat” ini merupakan GSPS yang dijalankan oleh perisikan Ukraine dengan dibantu Barat dan Eropah dalam usaha melemahkan tentera Rusia dan membangkitkan kemarahan ahli keluarga serta rakyat di negaranya sendiri 

37. Tujuan utama bagi melaga-lagakan dan memperkukuh momentum bantahan sedia ada di Rusia termasuk mencetuskan demonstrasi besar-besaran

38. Bantahan dan demonstrasi ini boleh menimbulkan konflik baharu di negara tersebut untuk menjatuhkan Presiden Putin dengan merosakkan imej Presiden dalam kalangan anggota keselamatannya sendiri 

39. Presiden Putin juga digambarkan sebagai paranoid serta narsistik kerana tidak mempedulikan nasib rakyat dan tenteranya

40. Sebagai rekod, Volodymyr Zelenskyy yang berbangsa Yahudi mendukung kuat LGBTQ di mana beliau sendiri pada zaman muda terpalit dengan isu ini dan mempunyai bukti video tarian erotik LGBTQ yang dilakukannya 

41. Beliau juga merupakan pendukung kuat penjajahan Zionis dan pernah menyatakan Israel sebagai ‘mangsa’ dalam konflik Israel-Palestin walaupun warga Palestin hanya menentang dengan menggunakan lastik dan batu

42. Hipokrasi Zelenskyy serta sekutu Barat dan Eropahnya jelas tidak menunjukkan keseimbangan dan keadilan, apabila masyarakat Islam diserang di negaranya sendiri tetapi keganasan ini hanya dipandang sebelah mata oleh mereka

43. Pelbagai alasan dicipta untuk menghalalkan tindakan, kononnya untuk memusnahkan sel teroris atau mencari senjata pemusnah besar-besaran (WMD) dan mahu membebaskan negara tersebut daripada rejim dan diktator yang berkuasa

44. Sungguhpun begitu, Presiden Zelenskyy bijak menggunakan kesempatan dan meniru taktik Israel dengan berlagak menjadi ‘mangsa’ walau hakikatnya kuasa Barat dan Eropah berdiri di belakangnya 

45. Strategi politik yang pernah digunakan oleh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dengan menjadikan serangan ke atas Palestin pada Mei tahun lepas untuk kekal berkuasa turut dicuba oleh Presiden Zelenskyy 

46. Walaupun Netanyahu akhirnya dimalukan apabila ditolak oleh rakyatnya sendiri, namun tindakan beliau ini tidak juga dibantah oleh Barat dan Eropah, membuktikan hipokrasi mereka sejak sekian lama

47. Kesimpulannya, jangan hanya melihat konflik Rusia-Ukraine ini melalui naratif serta propaganda Barat dan Eropah semata-mata yang jelas mahu memperlihatkan ‘sisi gelap’ Rusia

48. Ini kerana hakikatnya mereka bijak menyembunyikan niat sebenar untuk memusnahkan satu-satunya negara blok Eropah yang enggan tunduk kepada mereka sejak sekian lama

49. Bagi mereka apa yang penting Presiden Putin berjaya disekat dan akhirnya Rusia mendengar cakap mereka, sekalipun nyawa rakyat dan negara lain menjadi galang-gantinya 

50. Justeru jangan sekali-kali masyarakat dunia terpedaya dengan hipokrasi Barat, Eropah dan sekutu mereka rejim Israel. Cukup-cukuplah

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts