TIDAK HADIR KE PARLIMEN, ZAFRUL DISINDIR MUNGKIN SUDAH LETAK JAWATAN

351
SHARES
2.1k
VIEWS

Datuk Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz disindir Ahli Parlimen pembangkang yang berang dengan ketidakhadiran beliau dan Timbalannya bagi memberi jawapan isu 1MDB. Sebaliknya tugas tersebut digalas oleh Menteri Agama Senator Datuk Dr. Ustaz Idris Ahmad.

Zafrul disindir ketidakhadiran beliau mungkin kerana sudah meletakkan jawatan, seperti yang ditegaskannya sebelum ini bagi mempertahan tindakannya tidak mahu membantu rakyat melalui pengeluaran wang KWSP.

Sepatutnya Zafrul meminta penangguhan sekiranya beliau atau Timbalannya tidak dapat hadir ke Parlimen dan bukannya meminta Menteri lain yang tentu jika disoal tidak akan dapat menjawabnya dengan baik. Tidak adil Ustaz Idris diberikan tanggungjawab ini kerana Ahli Parlimen lain juga tentu tidak dapat menyoal Menteri Agama itu dengan soalan-soalan yang kebiasaannya akan dibangkitkan ketika sidang dijalankan.

Jika tidak boleh ditangguh, cubalah hadirkan diri dan bukan kemudiannya emosional memberi alasan di Facebook dengan menyalahkan pihak lain termasuk Utusan Malaysia yang dikatakan sebagai tidak menyemak dan tidak berlaku adil terhadapnya. 

Apapun, satu negara termasuk Ahli-ahli Parlimen dan Perdana Menteri sendiri menunggu bilakah Zafrul akan mengotakan kata-katanya untuk meletakkan jawatan. Jika masih berdalih, jangan berangan ingin menjadi Ahli Parlimen Perikatan Nasional kelak jika daripada awal sudah berdusta dalam berkata-kata. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts