• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Sunday, May 29, 2022
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

BN MENANG BERGAYA DI PRN JOHOR, BANGSA JOHOR BIJAK MEMILIH

Bukti penolakan rakyat terhadap PH dan PN semakin kuat di seluruh negara

Wan Sulaiman by Wan Sulaiman
March 12, 2022
in Khas, Semasa
0
BN MENANG BERGAYA DI PRN JOHOR, BANGSA JOHOR BIJAK MEMILIH
22
SHARES
239
VIEWS

Tahniah buat UMNO dan Barisan Nasional serta penyokong-penyokong dan pengundi-pengundi mereka yang bekerja keras selama berminggu-minggu kebelakangan ini, dengan kemenangan bergaya di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Barisan Nasional berjaya memperoleh 40 daripada 56 kerusi, iaitu lebih 2/3 daripada kerusi yang dipertandingkan.

Kemenangan ini dijangka bakal menentukan hala tuju Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 kelak dengan ‘mood‘ pengundi ketika ini cenderung memilih UMNO-Barisan Nasional. Keputusan ini disahkan oleh Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh, di mana jumlah yang keluar mengundi membabitkan 1.426 juta atau 54.92 peratus.

“Keputusan penuh PRN Johor adalah seperti berikut, Barisan Nasional (BN) 40 kerusi, Pakatan Harapan (PH) 11, Perikatan Nasional (PN) tiga kerusi manakala PKR dan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) pula masing-masing satu kerusi,” katanya. 

Terbukti rakyat negeri Johor tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai dakyah dan fitnah serta tuduhan-tuduhan melulu Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional yang akhir-akhir ini dilihat semakin ‘kasar’ dalam berpolitik. Ini termasuklah parti PAS yang sepatutnya menunjukkan cara politik matang dan sejahtera seperti slogan mereka – bukan dengan menuduh dan melabel calon politik lain dengan gelaran perompak, haiwan tertentu dan  memainkan irama sama dengan DAP dan Pakatan Harapan.

Lebih memualkan, Haji Hadi sebelum ini ada menyindir rakyat Johor sebagai “kurang kesedaran dalam politik Islam” sebagai alasan kenapa partinya tidak dipilih – menyebabkan PAS gagal memenangi sebarang kerusi di sana dan ada di antaranya yang kehilangan deposit. 

Jika PAS yang sepatutnya menunjukkan contoh dan teladan yang baik namun gagal dalam mengawal kata dan akhlak yang baik demi meraih kemenangan, maka tiada apa lagi yang boleh diharapkan daripada mereka. Melainkan pemimpin-pemimpinnya mula ‘mendengar’ rintihan akar umbi sendiri untuk memperkasa Muafakat Nasional.

Setelah PAS sendiri menjadi “itik patah kaki”, maka besar kemungkinan Haji Hadi dan segelintir pemimpin PAS yang menjadi ‘pak turut’ Mahiaddin dan Bersatu akan membuat _’u-turn’_ untuk bersama UMNO dan Barisan Nasional di PRU-15 kelak.

Bagi Pakatan Harapan yang sudah menjangkakan kekalahan kali ketiga berturut-turut termasuk di PRN Melaka dan PRN Sarawak sebelum ini, pasti akan mencuba strategi lain termasuk jajaran baharu bersama Perikatan Nasional agar dapat memerintah dan berkuasa semula.

UMNO dan Barisan Nasional pula tidak boleh terlalu yakin dan selesa serta perlu sentiasa bersedia dengan pelbagai kemungkinan termasuk jajaran baharu antara PN dan PH. Selain itu mereka juga perlu berhati-hati dengan cubaan menguasai UMNO melalui segelintir pemimpin yang ‘tunduk’ dengan Mahiaddin dan Perikatan Nasional. Apa sahaja boleh dibuat PN demi kuasa dan jawatan.

Semoga Perdana Menteri segera membubarkan Parlimen ketika mood rakyat masih bersama UMNO-Barisan Nasional dan momentum kemenangan berjaya dikekalkan.

Teriakan “bubar Parlimen” terhadap beliau secara terang-terangan perlu dipandang serius dan jangan diambil mudah jika tidak mahu mengecewakan penyokong-penyokong sendiri. Agak ganjil jika Ismail Sabri masih tidak mahu membubarkan Parlimen dengan segera atas apa jua alasan, melainkan ada ‘sesuatu’ yang sedang diusahakan di belakang tabir.

Apapun, tahniah buat UMNO dan Barisan Nasional, semoga kemenangan manis yang berterusan ini dapat diperkukuhkan demi membela nasib rakyat yang tertindas di bawah PH dan PN selama ini.

Buat Bangsa Johor, tahniah kerana bijak memilih dan semoga menjadi contoh bagi negeri-negeri lain pada PRU-15 kelak, in Sha Allah.

Tags: Ismail SabriPakatan HarapanPerikatan NasionalPRN JohorUMNO
Previous Post

PRN JOHOR: BANGSA JOHOR BIJAK MEMILIH

Next Post

MAHIADDDIN SEDIA LETAK JAWATAN PENGERUSI PN SEKIRANYA DIMINTA PARTI KOMPONEN

Wan Sulaiman

Wan Sulaiman

Related Posts

CUBAAN HALANG HAKIM NAZLAN DISIASAT SPRM BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN

CUBAAN HALANG HAKIM NAZLAN DISIASAT SPRM BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN

April 30, 2022
KENAPA PAKATAN HARAPAN ‘TAKUT’ HAKIM NAZLAN DISIASAT SPRM?

KENAPA PAKATAN HARAPAN ‘TAKUT’ HAKIM NAZLAN DISIASAT SPRM?

April 28, 2022
BELIA SAMBUT BAIK INISIATIF PERDANA MENTERI UMUM TOL PERCUMA, DISKAUN SEHINGGA 50 PERATUS SEMPENA AIDILFITRI

BELIA SAMBUT BAIK INISIATIF PERDANA MENTERI UMUM TOL PERCUMA, DISKAUN SEHINGGA 50 PERATUS SEMPENA AIDILFITRI

April 26, 2022
CUBAAN PH ‘BUNUH’ UMNO KINI DITERUSKAN PAS-PN

CUBAAN PH ‘BUNUH’ UMNO KINI DITERUSKAN PAS-PN

April 24, 2022
APA SEBENARNYA YANG ANNUAR MUSA MAHU?

APA SEBENARNYA YANG ANNUAR MUSA MAHU?

April 24, 2022
PASLEAK: ISMAIL SABRI WAJAR NAFI TERLIBAT

PASLEAK: ISMAIL SABRI WAJAR NAFI TERLIBAT

April 23, 2022

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In