PRN JOHOR: MPPK MENYERU SEMUA PELAJAR IPT PULANG MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PENGUNDI

351
SHARES
2.1k
VIEWS

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) mengambil maklum berkenaan Pilihan Raya Negeri Johor (PRN Johor) yang sedang berlangsung ketika ini. Tarikh untuk keluar mengundi adalah pada 12 Mac 2022.

Melihat kepada situasi yang sedang berlaku ini, maka MPPK memohon kepada semua institut pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara untuk mempermudahkan urusan bagi pelajar yang layak mengundi dalam PRN kali ini.

Hal ini kerana, terdapat lebih 700,000 pengundi muda di Johor dan sudah pasti golongan mahasiswa juga adalah antara golongan yang akan turut sama keluar mengundi.

PRN Johor juga menyaksikan buat kali pertama dalam sejarah, penguatkuasaan Undi18 dilakukan dan sudah pasti jumlah pengundi akan bertambah. Mahasiswa perlu memainkan peranan yang penting untuk turun mengundi bagi menentukan hala tuju kerajaan negeri Johor yang stabil demi masa depan.

Akhir sekali, MPPK menggesa dan menyeru kepada semua pelajar yang layak mengundi pada PRN Johor kali ini untuk menunaikan tanggungjawab anda sebagai rakyat Johor dengan turun mengundi.

Sekian, terima kasih.

Memartabat Mahasiswa Malaysia

Muhammad Amir Asyraf Bin Mohd Sabri

Presiden

Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts