• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Friday, May 27, 2022
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

BERANIKAH ZETI BERSUMPAH LAKNAT NAFI TERLIBAT 1MDB, TERIMA HABUAN DARIPADA JHO LOW?

Kompleksiti kes ini bukan sahaja melibatkan bekas kekasih Leissner yang menerima rasuah rumah bernilai RM41.9 juta malah 'rahsia gelap' Zeti dan keluarga turut terbongkar

Wan Sulaiman by Wan Sulaiman
March 1, 2022
in Khas, Rencana
0
BERANIKAH ZETI BERSUMPAH LAKNAT NAFI TERLIBAT 1MDB, TERIMA HABUAN DARIPADA JHO LOW?
40
SHARES
446
VIEWS

Benarkah bekas kekasih Tim Leissner selama 10 tahun iaitu Datuk Rohana Rozhan, bekas CEO Kumpulan Astro Malaysia Holdings Bhd mengugutnya dan berjaya mendapatkan habuan rumah bernilai US$10 juta dollar, atau rumah itu merupakan hadiah kepada Rohana kekasihnya ketika itu? Apapun perkara tersebut kini dalam siasatan pelbagai pihak termasuk pihak berkuasa negara ini.

Sungguhpun begitu, apapun alasan mereka berdua, apa yang pasti harta dan aset berkaitan telahpun dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana percaya ia telah dibeli menggunakan dana 1MDB. Sama ada habuan bagi menutup mulut ataupun hadiah demi cinta mereka berdua ketika itu, hampir pasti Rohana akan menggigit jari selepas ini jika terbukti rumah tersebut dibeli daripada wang haram. 

Pendedahan demi pendedahan mengenai skandal 1MDB ini semakin mendebarkan dan kompleks. Barisan peguam bela bekas Perdana Menteri keenam Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak tentu mempunyai banyak peluang untuk membela beliau apabila terdedah pelbagai maklumat yang sebelum ini tidak diketahui. Dalam kes perbicaraan Roger Ng di mana Leissner merupakan ‘star witness‘ dalam kes tersebut, pihak SPRM juga telah meminta bantuan DOJ Amerika Syarikat untuk mendapatkan maklumat berkaitan siasatan terhadap Rohana. Rohana yang tentu gembira sebelum ini menerima imbuhan rumah agam dan mahal daripada Leissner, kini terpaksa berpuas hati dengan hartanya yang sedia ada, itupun jika tidak berkaitan dengan 1MDB. 

Leissner yang sebelum ini telah terbukti bersalah merasuah pelbagai pihak termasuk eksekutif kanan 1MDB tentu tidak kisah membocorkan rahsia. Hatta bekas kekasih sendiripun beliau boleh bocorkan rahsia kepada pihak berkuasa inikan pula rakan-rakan subahatnya dalam 1MDB.

Jika sebelum ini satu dunia terkejut apabila Leissner mendedahkan bagaimana Bank Negara Malaysia (BNM) telah meluluskan pemindahan wang bernilai US$1 bilion dollar kerana suami bekas Gabenor BNM Tan Sri Zeti Akhtar Aziz telah menerima rasuah, tentu banyak lagi perkara mengejutkan selepas ini akan diketahui umum. Malah kisah mengejutkan bagaimana keluarga Zeti memang kenal baik dengan Jho Low sejak sekian lama dan terbukti menerima dana ratusan juta daripada beliau sebelum ini masih sukar untuk dipercayai kerana imej ‘suci’ dan bersih Zeti, inikan pula dengan pelbagai tambahan maklumat melibatkan keluarganya. 

Jelas, kompleksiti skandal 1MDB ini juga melibatkan Zeti dan keluarganya. Walaupun ada pihak tertentu cuba menyorokkan Jho Low dan Nik Faisal selama ini namun perancangan Allah Taala itu mengatasi perancangan hamba-hambaNYA. Kini Leissner pula membuka mulut, bayangkan jika Jho Low dan Nik Faisal berjaya dihadapkan ke muka pengadilan. Perkembangan mutakhir ini bukan sahaja amat mengejutkan malah menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes 1MDB dan SRC terhadap Najib.

In Sha Allah dengan izin Allah Taala, bekas Perdana Menteri keenam itu sepatutnya dengan mudah boleh membela dirinya kerana dengan hanya sedikit keraguan munasabah sahaja kes beliau ini boleh digugurkan. Namun wujud konspirasi besar di belakang yang didalangi oleh bekas pemimpin-pemimpin negara, tentu pihak konspirator ini tidak akan berdiam diri. 

Jika diteliti dengan saksama, wujud keraguan yang besar antara saksi-saksi pendakwaan yang akhirnya mendedahkan diri masing-masing menerima habuan daripada Jho Low sama seperti Zeti. Zeti kini sebaris dengan penerima rasuah lain daripada Jho Low malah lebih hina kerana kedudukannya yang tinggi dan amat dihormati oleh masyarakat selama ini – kini musnah akibat daripada ketamakan dirinya sendiri dan keluarga.

Malah jika seorang perompak sekalipun, biasanya ahli keluarganya tidak akan tahu beliau seorang perompak tetapi dalam isu ini nampaknya Zeti sekeluarga terlibat. Lebih teruk, penganiayaan dilakukan terhadap mereka yang tidak bersalah dan cuba dikambing-hitamkan demi untuk menyorok ‘rahsia gelap’nya sendiri. Jika Zeti rasa beliau masih suci dan bersih, beranikah beliau bersumpah laknat menafikan dirinya dan keluarga terlibat menerima habuan rasuah daripada Jho Low?

Sungguhpun sumpah laknat ini tidak boleh dijadikan bukti di mahkamah namun selaku seorang Islam, Zeti perlu berani membersihkan dirinya seperti Najib yang telah bersumpah laknat melibatkan kesnya. Jangan jadi seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Sri Azmin Ali dan Tan Sri Mahiaddin Yassin, di mana mereka semua masih tidak berani bersumpah tidak terlibat dalam skandal seks masing-masing. Sedangkan skandal seks mereka itu tidak serumit kes Najib dan sangat mudah untuk bersumpah menafikan terlibat jika benar tidak melakukannya. 

Selepas bersumpah setidak-tidaknya keluarga masing-masing akan lega walaupun masyarakat sekeliling tidak mahu percaya. Pandangan ini tidak perlu diambil kira kerana apa yang penting sumpah laknat itu sendiri akan memberi kelegaan kepada mereka yang dituduh, sama seperti Najib yang sentiasa gembira ke hulu ke hilir membantu partinya walaupun berdepan dengan kes yang rumit di mahkamah. 

Justeru tentu Zeti yang “suci dan bersih” dengan mudah boleh bersumpah jika tidak menerima dana atau rasuah daripada Jho Low. Jika tidak, pandangan hina dan persepsi masyarakat akan bersama dengan beliau dan keluarga selama-lamanya. Apapun imej ‘bersih’ Zeti kini sudah musnah, malah rakyat semakin meluat melihatnya yang walaupun takut dan berdiam diri, namun masih cuba berlagak ‘suci’. 

Tags: 1MDBJho LowNajibRohana RozhanTim Leissnerzeti
Previous Post

SOP MASJID: ELAK FITNAH ATAS AGAMA?

Next Post

PRN JOHOR: MAHIADDIN CUBA MENIPU LAGI

Wan Sulaiman

Wan Sulaiman

Related Posts

TINJAUAN CLPD MALAYSIA: NAJIB LEBIH POPULAR BERBANDING PEMIMPIN LAIN

TINJAUAN CLPD MALAYSIA: NAJIB LEBIH POPULAR BERBANDING PEMIMPIN LAIN

April 30, 2022
CUBAAN RAFIZI TUMPANG POPULARITI NAJIB MENERUSI DEBAT?

CUBAAN RAFIZI TUMPANG POPULARITI NAJIB MENERUSI DEBAT?

April 10, 2022
PENDAKWAAN NAFI KAITAN WANG DITERIMA SUAMI ZETI DENGAN SRC, TETAPI AKUI DARIPADA 1MDB

PENDAKWAAN NAFI KAITAN WANG DITERIMA SUAMI ZETI DENGAN SRC, TETAPI AKUI DARIPADA 1MDB

March 17, 2022
BUKTI BARU 1MDB, NGO BUAT LAPORAN SPRM

BUKTI BARU 1MDB, NGO BUAT LAPORAN SPRM

March 16, 2022
PENDEDAHAN LEISSNER: SEJAUH MANA PENGLIBATAN TENGKU ZAFRUL DAN HAKIM NAZLAN?

PENDEDAHAN LEISSNER: SEJAUH MANA PENGLIBATAN TENGKU ZAFRUL DAN HAKIM NAZLAN?

March 8, 2022
KENAPA UMNO DAN MUAFAKAT NASIONAL WAJIB DIKUBURKAN?

KENAPA UMNO DAN MUAFAKAT NASIONAL WAJIB DIKUBURKAN?

January 14, 2022

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In