WIRA PUTRA SAMBUT BAIK SOP KEMPEN BERSEMUKA, CERAMAH DI PRN JOHOR DILONGGARKAN

344
SHARES
2k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA KETUA PERGERAKAN WIRA PUTRA MALAYSIA

19 Februari 2022 | 17 REJAB 1443H

Wira PUTRA sambut baik keputusan kelonggaran SOP bagi PRN Johor kali ini. Memberi ruang untuk berceramah dan kempen dari rumah ke rumah amat membantu bagi parti-parti baru memperkenalkan lambang dan calon yang bakal bertanding di kawasan berkenaan dengan lebih jelas.

Namun Wira PUTRA berharap janganlah ia menjadi sekadar satu keputusan main wayang. Ketika parti kecil laksanakan ceramah, penguatkuasa tegas dengan jumlah 100 orang termasuk penganjur, tetapi jika parti pemerintah ada kelonggaran khas atas ihsan dan dibenarkan lebih 100 orang. Tindakan hendaklah adil agar sama-sama kita dapat mengekang penularan Covid-19 dan menjaga nyawa sesama masyarakat.

Namun begitu, syaratnya pula ceramah mesti diadakan hanya di Markas Parti sahaja. Pasti jarak pengundi dengan Markas Parti tidaklah dekat. Termasuk ruang waktu yang dibenar sehingga 10 malam menunjukkan kelonggaran yang diberi ibarat ada daripada tiada, tetap terhad.

Wira PUTRA juga berharap penganjur ceramah dan kepimpinan parti-parti jangan terlalu ghairah hingga mengabaikan keselamatan dan faktor pengawalan SOP sepanjang ceramah diadakan.

Wira PUTRA akan memantau untuk melihat apakah akan berlaku ‘double standard‘ dalam perlaksaan SOP PRN Johor. 

Sekian.

Nasrul Ali Hasan bin Abdul Latif

Ketua Pergerakan Wira PUTRA Malaysia

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts