BERSATU CADANG WUJUD GRJ BERSAMA DAP-PH, APA KATA PAS?

409
SHARES
2.4k
VIEWS

Kelmarin Bersatu mencadangkan satu kerjasama yang dinamakan sebagai Muafakat Rakyat Johor (MRJ) melibatkan Perikatan Nasional dan semua parti pembangkang yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ditubuhkan.

Cadangan tersebut dibuat oleh Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Johor Bahru, Razrul Anwar Rusli yang turut mencadangkan agar MRJ itu terdiri daripada Bersatu, Pakatan Harapan (PH), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan Parti Warisan Sabah (Warisan).

Selain penggunaan nama MRJ, kita juga boleh namakan gabungan Perikatan Nasional (PN), PH dan parti pembangkang ini sebagai Gabungan Rakyat Johor atau GRJ seperti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang digunakan dalam PRN Sabah.

Rujuk pautan;

https://www.google.com/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/184736

Ini jelas PH 2.0 yang cuba dibuat oleh Bersatu, bezanya kali ini ia turut dianggotai oleh parti PAS. Persoalannya jika inilah hasrat akar umbi Bersatu di seluruh negara maka adakah PAS kali ini sanggup bersekongkol bersama DAP dan PKR semula semata-mata untuk memenangkan Bersatu? Bukankah ini jelas menidakkan slogan atau laungan PAS selama ini iaitu “demi Islam”, “demi penyatuan ummah”, “demi muafakat” dan pelbagai ‘demi’ lagi semata-mata untuk menumbangkan UMNO?

Maka apakah perjuangan PAS selama ini rupa-rupanya tidak konsisten, bukan demi agama dan saudara seIslam seperti kerap dilaung-laungkan tetapi asalkan dapat mengekalkan Bersatu terus berkuasa dan pemimpin-pemimpin PAS bakal mendapat habuan sogokan politik yang selama ini diamalkan oleh Bersatu?

Sepatutnya PAS dan Dewan Ulamaknya terus menyelar dan mengecam cadangan ini ataupun Presidennya ‘tangkas’ seperti biasa menyokong apa sahaja tindakan Bersatu tetapi kenapa kali ini masih berdiam diri seolah-olah merestuinya?

Yang ada hanyalah kenyataan Menteri Agama Senator YB Idris Ahmad mengenai syarat PAS untuk bekerjasama dengan PAN iaitu mereka mestilah meninggalkan DAP, namun dalam hal cadangan MRJ atau GRJ ini kenapa langsung tiada kenyataan mengecam daripada PAS? 

Kenyataan Idris ini sepatutnya dijadikan penanda aras bagi parti PAS iaitu apa sahaja kerjasama mestilah tanpa DAP. Walaupun kenyataan ini sedikit bertentangan dengan kenyataan Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi sebelum ini yang cuba ‘menghalalkan’ kerjasama dengan DAP-PH melalui “tahaluf siyasi 2.0” – demi menyokong Tan Sri Mahiaddin Yassin kekal sebagai Perdana Menteri. 

Rujuk artikel, “Tahaluf Siyasi 2.0?” di pautan; https://editormalaysia.com/23854/

Hakikatnya rakyat sudah muak dengan pelbagai dalil dan alasan yang boleh diibaratkan sebagai niat menghalalkan cara seperti sindiran nakal netizen iaitu “walhalalku walharammu“. Jika pihak lain tidak boleh tetapi jika PAS dibolehkan, sampai ke tahap sehingga DAP pun boleh disucikan. 

Justeru, tidak menjadi masalah jika PAS mahu bekerjasama dengan DAP di bawah panji-panji Muafakat Rakyat Johor atau Gabungan Rakyat Johor seperti yang dicadangkan Bersatu. Sama juga tidak menjadi masalah jika UMNO mahu bergerak bersendirian. Jika PAS boleh menetapkan syarat kerjasama kepada PAN iaitu “NO DAP” kenapa UMNO tidak boleh menetapkan syarat “NO BERSATU“?

Jika PAS kata ini kerana DAP itu musuh Islam, maka gunakan sahaja dalil Haji Hadi sebelum ini iaitu, “Di sana terdapat dalam kalangan mereka yang bermusuh terhadap Islam, tetapi menghormati asas akhlak yang mulia dalam membela orang yang dizalimi, bersimpati terhadap mereka yang miskin, memuliakan tetamu dan lain-lain”? – jika niat dan dalil sudah ada maka teruskan sahajalah tanpa berbasa-basi lagi. 

UMNO boleh sahaja kekal “No nego, go solo“, yang jelas ia tentunya tanpa Bersatu, DAP dan PH. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts