RAIS DAN JKMR NASIHAT AZAM BAKI BERCUTI

350
SHARES
2.1k
VIEWS

Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) yang dipengerusikan oleh Tan Sri Rais Yatim menasihati Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki bercuti, walaupun dalam masa yang sama berkata bahawa siasatan terhadap Azam bukanlah mengenai kes jenayah tetapi salah laku dan tidak menyempurnakan tugas.

Rais yang juga Ketua Bahagian BERSATU Jelebu berkata, mengikut amalan mereka yang disiasat atas kes salah laku akan digantung kerja. Menurutnya Azam perlu mengambil cuti rehat sementara jawatankuasa menjalankan tugasnya.

Walaupun bukan jenayah seperti pandangan Rais namun sebagai ketua sebuah jabatan yang berperanan mencegah rasuah, Azam bukan sahaja perlu telus dan bersih tetapi beliau dan anggotanya perlu kelihatan telus dan bersih sepanjang perkhidmatan. Jika tidak, penjawat awam lain juga boleh menggunakan alasan yang sama seperti beliau, iaitu adiknya menggunakan akaunnya untuk membeli dua juta saham.

Masyarakat masih skeptikal sama ada Azam akan bercuti apabila dinasihatkan Rais dan JKMR kerana tiada peruntukan undang-undang untuk beliau mengikuti nasihat tersebut. Jauh sekali harapan rakyat untuk melihat Azam meletakkan jawatan, kerana beliau sendiri ketika ini cuba berselindung di sebalik ‘nama’ Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, kononnya hanya baginda boleh memecat atau meminta beliau meletakkan jawatan.

Bilalah agaknya rakyat Malaysia dapat melihat penjawat awamnya yang terpalit dengan isu seperti ini akan mengambil tanggungjawab dan meletakkan jawatan atau setidak-tidaknya memberi laluan untuk siasatan dilakukan, bukannya menyaman media yang mendedahkannya.

Azam kenalah gentlemen sedikit, sesuai dengan jawatan tinggi yang disandangnya. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts