MAKNA ‘SINDROM NAJIBPHOBIA’

383
SHARES
2.3k
VIEWS

Apa itu Sindrom Najibphobia?

Sindrom ‘Najibphobia’ merujuk kepada ketakutan dan penafian seseorang terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak selepas PRU-14 dengan cubaan menjarakkan diri mereka menggunakan pelbagai alasan yang tidak munasabah seperti kes 1MDB yang sehingga kini pelbagai badan penyiasat tidak mampu buktikan.

Sindrom ini menyerlahkan sikap bermuka-muka pemimpin UMNO tersebut kerana sebelum ini mereka gembira bergaul dan tidak mempunyai masalah selagi mempunyai jawatan.

Pengidap sindrom ini kelihatan agresif, yakin dengan kenyataan terkini yang dikeluarkan walau bertentangan dengan kenyataan sebelum PRU-14.

Pantun berkaitan sindrom Najibphobia ini ialah:

Bunga melati bunga di darat, bunga seroja di tepi kali,

Hina besi kerana karat, hina manusia tidak berbudi

Bagaimana ia menyerang mangsa?

  1. Hanya menyerang hati dan otak individu yang cenderung kepada menyalahkan orang lain apabila kalah PRU-14.
  2. Individu yang mempunyai sikap oportunis dan menjaga ‘survival‘ diri sendiri dan tidak pedulikan rakan yang selama ini membantu mereka
  3. Individu yang sering bermuka-muka juga terdedah kepada serangan liar sindrom ini
  4. Individu yang ketakutan dan tidak menerima hakikat Barisan Nasional bukan lagi kerajaan (belum bersedia menghadapi kenyataan)
  5. Virus sindrom ini juga dikhuatiri boleh menjangkiti rakan terdekat melainkan mereka yang muhasabah diri sendiri

*Penyelidik masih mengkaji kaitan individu yang mudah terdedah kepada serangan sindrom ini dengan mereka mempunyai kes dan skandal tertentu yang membuatkan mereka berasa takut akan disiasat kelak, maka mereka cuba menjarakkan diri dengan membuat tohmahan kononnya “dah tak geng”

Siapa yang mengidap sindrom ini?

Hanya berlaku dalam kalangan ahli pemimpin UMNO sahaja. Dipercayai dipelopori oleh Tan Sri Annuar Musa, Datuk Seri Khaled Nordin, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Datuk Seri Nazri Aziz.

Pembawa sindrom ini dikhuatiri berpunca daripada Khairy Jamaluddin.

Datuk Seri Zahid Hamidi dikatakan tidak kisah dengan sindrom ini dan tiada sebarang pencegahan dilakukan melainkan menasihati Datuk Seri Najib agar tidak berkecil hati.

Beberapa individu lain luar UMNO adalah tidak relevan dalam sindrom ini kerana mereka buat-buat terkena sindrom hanya untuk menarik perhatian media dan masyarakat sahaja.

Bila sindrom ini boleh berlaku?

Berlaku bila-bila masa, apabila ketakutan memuncak dan berseorangan melayari internet dan media sosial sebelum didatangi media yang suka mencucuk.

Berlaku hanya selepas PRU-14, iaitu selepas kekalahan Barisan Nasional.

Di mana berlaku sindrom ini?

Di media sosial atau secara fizikal di alam nyata apabila ditemui pihak media.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts