• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Friday, May 27, 2022
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

PERDANA MENTERI DAN KERAJAAN PERLU SEGERA TUBUHKAN JAWATANKUASA BEBAS BERSIHKAN NAMA AZAM BAKI

Sewajarnya satu siasatan menyeluruh dilakukan dan bukannya hanya bergantung kepada penjelasan LPPR sahaja

Wan Sulaiman by Wan Sulaiman
January 6, 2022
in Semasa, Utama
0
PERDANA MENTERI DAN KERAJAAN PERLU SEGERA TUBUHKAN JAWATANKUASA BEBAS BERSIHKAN NAMA AZAM BAKI
64
SHARES
707
VIEWS

Isu yang membelenggu Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki dilihat semakin panas walaupun selepas Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) memberi penjelasan semalam.

Ini kerana hujah yang digunakan adalah semata-mata bergantung kepada alasan Azam Baki iaitu akaunnya digunakan oleh adik beliau untuk membeli jutaan saham daripada sebuah syarikat. Malah menurutnya saham-saham itu kini juga telahpun dipindahkan ke akaun adiknya – walaupun wujud persoalan kenapakah adiknya itu tidak terus menggunakan akaunnya sendiri sebelum ini?

Selain isu adakah Azam selaku penjawat awam telah mengisytiharkan pemilikan dan pembelian saham itu lebih awal kepada kerajaan, timbul juga persoalan lain iaitu bukankah beliau sepatutnya tahu bahawa tindakannya ini boleh didakwa di bawah Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA)? Ini kerana dengan pembelian dan pemilikan berjuta saham dalam sebuah syarikat oleh seorang penjawat awam tentu menimbulkan kecurigaan dan prasangka. 

Bukankah selaku Ketua Pesuruhjaya SPRM, beliau sepatutnya lebih tahu dan sedar (aware) bahawa beliau atau adiknya itu perlu buktikan daripada manakah datangnya dana yang diperolehi untuk membeli jutaan saham tersebut? 

Apa yang lebih merungsingkan ialah akan ada individu atau pihak tertentu terutamanya penjawat awam akan menggunakan alasan yang sama seperti Azam selepas ini, yang tentunya akan menimbulkan kerumitan di pihak berkuasa termasuklah SPRM sendiri untuk menyiasat. 

Justeru Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu berani dan wajar merehatkan Azam serta menubuhkan satu Jawatankuasa Bebas untuk menyiasat secara menyeluruh, seperti mana yang dicadangkan oleh Presiden PUTRA sebelum ini. Rujuk pautan; https://www.editormalaysia.com/24865/

Jika benar-benar tidak bersalah dan tiada apa yang perlu disorokkan, maka tiada apa yang perlu ditakutkan jika siasatan menyeluruh ini dilakukan. Ini kerana Azam dan SPRM serta LPPR bukan sahaja perlu bertindak adil, telus dan bersih malah lebih perlu dilihat sebagai adil, telus dan bersih.

Rakyat menunggu apakah tindakan Perdana Menteri dan kerajaan seterusnya. Sementara itu, Azam sendiri perlu mengambil cuti dan berehat untuk menjaga kredibiliti dan integritinya. 

Tags: Azam BakiIbrahim AliIsmail SabriLPPR
Previous Post

KENAPA KEPUTUSAN LPPR HANYA BERSANDARKAN PENJELASAN AZAM BAKI? – IDEAS

Next Post

ISU BABIT AZAM BAKI, WIRA PUTRA BUAT LAPORAN POLIS HARI INI

Wan Sulaiman

Wan Sulaiman

Related Posts

PERUTUSAN AIDILFITRI PRESIDEN PARTI PUTRA MALAYSIA

PERUTUSAN AIDILFITRI PRESIDEN PARTI PUTRA MALAYSIA

May 1, 2022
HIPOKRASI ANWAR, KAREN DAN PAKATAN HARAPAN DALAM ISU HAKIM NAZLAN

HIPOKRASI ANWAR, KAREN DAN PAKATAN HARAPAN DALAM ISU HAKIM NAZLAN

April 28, 2022
KENAPA PAKATAN HARAPAN ‘TAKUT’ HAKIM NAZLAN DISIASAT SPRM?

KENAPA PAKATAN HARAPAN ‘TAKUT’ HAKIM NAZLAN DISIASAT SPRM?

April 28, 2022
BELIA SAMBUT BAIK INISIATIF PERDANA MENTERI UMUM TOL PERCUMA, DISKAUN SEHINGGA 50 PERATUS SEMPENA AIDILFITRI

BELIA SAMBUT BAIK INISIATIF PERDANA MENTERI UMUM TOL PERCUMA, DISKAUN SEHINGGA 50 PERATUS SEMPENA AIDILFITRI

April 26, 2022
PASLEAK: ISMAIL SABRI WAJAR NAFI TERLIBAT

PASLEAK: ISMAIL SABRI WAJAR NAFI TERLIBAT

April 23, 2022
ISMAIL SABRI ‘MELUTUT’ KEPADA SAIFUDIN ‘KATAK’ DEMI DASAR LUAR SEJAHTERA?

ISMAIL SABRI ‘MELUTUT’ KEPADA SAIFUDIN ‘KATAK’ DEMI DASAR LUAR SEJAHTERA?

April 13, 2022

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In