KENAPA KEPUTUSAN LPPR HANYA BERSANDARKAN PENJELASAN AZAM BAKI? – IDEAS

351
SHARES
2.1k
VIEWS

Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) mempertikai keputusan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) ‘membersihkan’ nama Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki daripada sebarang salah laku jika hanya semata-mata bersandarkan kepada penjelasan Azam kepada badan tersebut.

IDEAS menyifatkan perkara tersebut sepatutnya disiasat secara menyeluruh dan bukan hanya berdasarkan kepada satu mesyuarat sahaja. Selain itu, IDEAS turut kesal di atas kelewatan LPPR mendedahkan keputusan mereka itu kepada umum yang menimbulkan keluh-kesah rakyat. 

IDEAS beranggapan, LPPR sepatutnya menjadi contoh kepada masyarakat kerana mereka merupakan sebuah badan yang ditubuhkan untuk mengawasi SPRM. 

Menurut IDEAS, apa yang lebih penting ialah LPPR perlu menjelaskan sama ada Azam memenuhi kriteria pengisytiharan harta berdasarkan pekeliling kerajaan bertajuk “Surat Pekeliling Perkhidmatan 2 Tahun 2002 (Pemilikan dan Perisytiharan Harta oleh Pegawai Awam)” yang memerlukan penjawat awam mengisytiharkan harta mereka.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts