LAMBAT BERTINDAK PETANDA KERAJAAN ‘LEMBIK’

382
SHARES
2.2k
VIEWS

Kita percaya bahawa bencana banjir di negara kita yang berlaku beberapa hari ini menuntut kita berfikir dengan penuh kecerdasan spiritual dan emosional atau dengan mata hati. Pengalaman semalam (banjir di Selangor dan Pahang), hakikat tidak membawa sebarang manifestasi KEMPEN KELUARGA MALAYSIA.

Seolah-olah jiwa dan hati masyarakat Malaysia telah mati. Seolah-olah pihak kerajaan pusat mahupun negeri sudah ketandusan SOP bagaimana menyantuni rakyat sendiri sewaktu situasi sukar seperti ini. Seolah-olah rakyat sendiri bantu rakyat bukan pemimpin yang turun menbantu rakyat. Nasib baik rakyat tidak panik dan kehilangan punca apabila berlaku musibah secara mendadak ini tetapi yang jelasnya pemimpin atasan yang panik dan tidak tahu macam mana untuk mengendali dan menguruskan bencana yang datang secara tiba-tiba ini.

Malah ada di kalangan mereka bergaduh sesama sendiri petanda mereka ini sudah hilang akal bukan rakyat yang hilang kewarasan akalnya. Segala tindak tanduk mereka boleh dianggap sangat ‘lembik’. Ada di antara pemimpin tertinggi ketika banjir besar melanda negara ini dikatakan mereka sedang bercuti bersama keluarga (wallahualam).

Arahan-arahan dari pihak tertinggi kepada pihak pengurusan bencana juga dianggap lembik sehingga berlaku kebuluran di kalangan mereka yang ditimpa musibah ini. Dengan itu maka sudah sampai waktu sebuah kerajaan yang dianggap sudah lembik seluruh kabinetnya wajib meletakkan jawatan. Tunggu apa lagi sebelum rakyat bangun menberontak. 

Apa yang kita kesalkan ialah SOP pengurusan bencana hanya digerakkan apabila terlewat. Sepatutnya dengan peralatan yang canggih, yang sudah bertahun di sedia dan digunakan serta wajar mempunyai sistem amaran yang mampu digerakkan lebih awal. Ia bukan sahaja dapat membantu mereka daripada terperangkap bahkan bersiap sedia mengambil langkah selanjutnya.

Kita tahu, Jepun, Amerika Syarikat dan beberapa buah negara maju setiap tahun berhadapan dengan pelbagai bencana besar seperti angin  ribut mahupun banjir. Sistem amaran awal dapat menyelamatkan banyak nyawa dan proses pengurusan mangsa sentiasa berada dalam keadaan siap siaga. Namun hal ini tidak berlaku apabila sungai-sungai di Lembah Klang mencecah paras bahaya. Tidak ada pengumuman awam dibuat sama ada oleh pihak berkuasa menerusi pelbagai saluran media (terutamanya radio) dan sebagainya sebaik sahaja menerima amaran awal.

Mungkin ada pihak yang ‘pekak’, kalaupun Jabatan Meteorologi sudah membuat telahan, mereka mungkin merasa dan memikirkan banjir tidak akan berlaku seburuk itu, kecuali untuk beberapa ketika atau beberapa jam sahaja maka ia akan surut semula. 

Pengalaman menyedihkan turut berlaku di sebuah kompleks membeli belah terkenal di Shah Alam, khususnya Bukit Jelutong. Sikap tidak prihatin pihak pengurusan bangunan dan pemilik pasaraya menyebabkan ramai yang melahirkan rasa marah. Dalam keadaan hujan yang cukup lebat, para pengunjung tidak diberikan ruang untuk berteduh, bahkan mereka ‘dihalau’ serta kompleks itu ditutup atas kebimbangan berlakunya ‘kecurian’. Kecewa, marah dan bengang itu turut disuarakan oleh warga maya. Maka di situlah pihak berkuasa wajar mengambil tindakan, dan seterusnya mengenakan syarat lebih tegas. Dalam keadaan terdesak dan cemas, tidak sepatutnya premis berkenaan ‘menghalau’ pengunjung yang hanya berteduh seketika. 

Nampaknya, selepas ini KELUARGA MALAYSIA boleh tersenyum dengan kejayaan atau pencapaian sasaran 90 peratus dalam tempoh 100 hari, pengurusan bencana telah bangkit untuk membelasah euforia itu.

KELUARGA MALAYSIA menuju kepada suasana ‘mendung’ yang tidak berkesudahan selepas ini, selepas segala kerosakan, kemusnahan dan kehilangan ditaksirkan kerana trauma mangsa-mangsa banjir Lembah Klang terus membelenggu mereka, proses untuk pulih adalah cukup lama.

Persoalan yang paling besar ialah apakah selepas ini (setelah semua reda) rakyat akan melupakan perkara ini dengan begitu mudah sekali. Jawapan yang paling tepat ialah PRU-15 yang akan datang ini In Sha Allah rakyat akan memberi jawapan yang paling tepat.

Oleh Dato Dr Aziz Jamaluddin Mhd Tahir

Naib Presiden PUTRA Malaysia

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts