KEMELUT ANWAR TIDAK JADI PM: PKR MAJORITI, KATA XAVIER

365
SHARES
2.1k
VIEWS

Kemelut yang melanda kerajaan Pakatan Harapan sejak mula menjadi kerajaan nampaknya tidak berkesudahan apabila hangat semula isu Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan bagi menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad, sebaliknya Datuk Seri Azmin Ali akan dilantik ke jawatan tersebut.

Isu tersebut ditimbulkan dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan sendiri termasuk oleh Ahli Parlimen Kapar, YB Abdullah Sani Abdul Hamid yang membuat tuduhan tersebut dengan merujuk kepada kenyataan Tun Daim Zainuddin sebelum ini bahawa tiada keperluan untuk Anwar menggantikan Tun Mahathir sebelum pilihanraya akan datang.

Abdullah Sani dikenali sebagai pemimpin PKR yang setia dengan pasukan Naib Presiden Rafizi Ramli yang mencabar Azmin bagi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan PKR September ini.

Menurut Naib Presiden PKR, Dr. Xavier Jayakumar Arulanandam yang juga Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, beliau tidak melihat bagaimana persetujuan sebelum ini bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menggantikan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri boleh dilanggar.

Beliau berkata ini kerana anggota parlimen PKR membentuk majoriti dalam gabungan Pakatan Harapan.

Justeru beliau hairan berhubung tuduhan Mahathir bersama-sama penasihatnya Tun Daim berpakat dengan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk menghalang Anwar menjadi Perdana Menteri.

“Walaupun PKR meraikan perbezaan pandangan dan menegakkan kebebasan bersuara di kalangan ahlinya, kita mesti menahan diri daripada mengkritik rakan parti dalam HARAPAN, terutama pemimpinnya.”

“Saya percaya tidak kira mana-mana kem dalam PKR, politik sihat perlu diamalkan oleh semua ahli. Bukannya membuat tuduhan hanya untuk politik dan ‘mendapat markah’ dengan menggadaikan ahli dan pemimpin parti komponen.”

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts