KONSPIRASI ZETI DAN JHO LOW SEJAK SEKIAN LAMA UNTUK KENAKAN NAJIB?

404
SHARES
2.4k
VIEWS

Selepas pendedahan demi pendedahan mengenai penglibatan bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz melalui keluarganya dan penjenayah yang dikehendaki iaitu Jho Low, ia bukan lagi mengejutkan malah kini mungkin bakal menentukan nasib Dato Sri Mohd Najib Tun Razak kelak.

Pelbagai pendedahan tersebut termasuklah tuduhan yang melibatkan nama bekas Menteri Kewangan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang menerima habuan yang sama melalui proksi juga dilihat bukan sahaja membuka lembaran baharu dalam kes melibatkan bekas Perdana Menteri tersebut malah berkemungkinan besar pihak pembelaannya mampu membuktikan Najib langsung tidak terlibat dan sebenarnya menjadi mangsa konspirasi tertinggi di negara ini sejak daripada awal lagi.

Rujuk artikel, “Zeti Akhtar antara terlibat konspirasi gulingkan PM – Pemuda UMNO” di pautan; https://www.astroawani.com/berita-malaysia/zeti-akhtar-antara-terlibat-konspirasi-gulingkan-pm-pemuda-umno-112152

Rujuk juga artikel “Jho Low, Nik Faisal dan Joanna, antara penipuan dan konspirasi” di pautan; https://editormalaysia.com/11023/ serta artikel “Adakah wujud konspirasi tertinggi terhadap Najib?” di pautan; https://editormalaysia.com/20345/ dan artikel “20 perkara mengenai konspirasi tertinggi dan rakaman audio, yang mengancam keselamatan negara” di pautan; https://editormalaysia.com/12591/

Dokumen siasatan SPRM juga telah terdedah dan mampu membantu pasukan pembelaan Najib, setidak-tidaknya menimbulkan keraguan munasabah bagaimana individu yang bertanggungjawab untuk memastikan wang dana Najib tidak diperolehi daripada hasil yang mencurigakan, boleh pula menerima imbuhan bernilai ratusan juta ringgit daripada Jho Low sejak 2009, iaitu ketika 1MDB masih dikenali sebagai TIA atau Terengganu Investment Authority – bermakna penglibatan Zeti dan keluarganya sudah bermula lama sebelum Najib menjadi Perdana Menteri dan entiti bernama ‘1MDB’ belumpun wujud. Rujuk laporan SPRM tersebut di pautan; https://www.malaysia-today.net/2021/12/05/maccs-report-on-the-1mdb-scandal-more-hidden-evidence-surfaces/

Tindakan blogger pro Pakatan Harapan, Clare Rewcastle Brown melalui portal Sarawak Report-nya yang cuba ‘membela’ Zeti tetapi gagal, turut mendedahkan perkara yang jauh lebih mengejutkan. 

Sarawak Report kata Zeti dan suaminya rapat dengan Jho Low sejak dahulu malah beliau pernah menjadi pembantu Zeti di Universiti di Amerika Syarikat.” 

Sarawak Report juga tanpa segan silu mendedahkan bahawa keluarga Zeti sudah lama menerima dana daripada Jho Low namun portal ini cuba ‘melindungi’ Zeti dengan berkata ia tidak salah menurut undang-undang untuk keluarga Zeti menyimpan duit melebihi RM100 juta di akaun luar pesisir di negara asing walaupun turut mengakui ia meragukan.

Rujuk artikel “Tindakan Sarawak Report pertahan Zeti membawa padah?” di pautan; https://editormalaysia.com/20385/

Tidak lama lagi pasti akan terdedah nama beberapa pemimpin-pemimpin tertinggi negara yang bersekongkol mengenakan Najib sejak sekian lama, yang dijangka akan membuktikan bahawa Najib dimangsakan hanya kerana tindakannya yang pro-rakyat dengan cuba menghentikan ‘orang tengah’, rasuah, kronisme dan nepotisme peringkat tertinggi yang membarah sejak sekian lama di negara ini. 

Malah terlihat Najib menjadi mangsa konspirasi ini kerana dasar dan polisi beliau yang lebih menguntungkan GLC dan juga bermanfaat untuk negara sekaligus telah menyusahkan banyak pihak yang selama ini menjadikan negara ini sebagai “tapak perniagaan” mereka. Polisi Najib dan Barisan Nasional di bawah terajunya yang lebih banyak menguntungkan rakyat dan negara ini boleh dirujuk terus melalui pelbagai laporan BNM sejak sekian lama yang tidak mampu lagi disangkal oleh mana-mana pihak sehingga kini.

Oleh kerana itulah, ada pihak dan individu tertentu yang sangat berkuasa selama ini berasa amat tidak berpuas hati dengan beliau sehingga mereka membuat keputusan untuk ‘mematikan’ terus Najib di negara ini melalui fitnah dan penganiayaan berterusan.

Kemuncaknya sehingga Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sendiri di’boneka’kan dan membuat tuntutan tidak masuk akal terhadap Najib walaupun pada hakikatnya penjawat awam perlu sedar bahawa mereka tidak berkhidmat dan “menurut perintah” ahli politik sebaliknya wajar menumpah taat setia hanya kepada YDP Agong.

Rujuk artikel “LHDN dijadikan alat untuk menganiaya Najib” di pautan; https://editormalaysia.com/24097/ serta artikel “Iktibar cukai LHDN Najib: Kes pemalsuan bagi maksud menipu” di pautan; https://editormalaysia.com/24209/

Penganiayaan melampau di LHDN yang melibatkan pegawai tertinggi mereka ini telahpun dilaporkan ke pihak berkuasa, malah individu yang bertanggungjawab itu sendiri telahpun ditamatkan awal perkhidmatannya tidak lama selepas Datuk Seri Ismail Sabri mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-9.

Namun tindakan menghentikan polisi dan dasar Najib ini malangnya telah memusnahkan negara apabila pelbagai projek yang menguntungkan rakyat dan negara (berbanding hanya menguntungkan kroni) dihentikan. Ditambah buruk dengan kerakusan menjual aset dan harta negara yang berterusan dijarah sebaik sahaja Pakatan Harapan memerintah selama 22 bulan dan selanjutnya diteruskan pula oleh Perikatan Nasional selama 17 bulan. Ini telah mengakibatkan hutang negara meningkat dan rizab negara berkurangan secara mendadak malah kepercayaan luar terhadap negara ini turut merosot teruk. 

Justeru, kini semua pihak ternanti-nanti kesudahan ‘wayang’ antara Zeti dan Jho Low serta kuncu-kuncu mereka yang telah berlaku sejak sekian lama. Tidak boleh dibayangkan apa yang akan terdedah apabila Zeti, Jho Low dan Nik Faisal berjaya dihadapkan sebagai saksi untuk disoal oleh pihak pembelaan Najib kelak. Jangan terkejut jika terdedah beberapa individu yang jauh lebih elit dan berkuasa daripada Zeti yang terlibat mengarahkannya. Atau berupaya mendedahkan bahawa Zeti sendiri sebenarnya ‘dipegang’ selama ini apabila ada pihak tertentu mengetahui hubungan keluarganya dengan Jho Low sejak dahulu lagi dan menjadikan beliau sebagai ‘bidak catur’ untuk menjatuhkan Najib – yang selama ini cuba disorok sebaik mungkin namun perancangan Allah mengatasi konspirasi peringkat tertinggi ini tanpa disangka-sangka. 

Justeru kini semua tertunggu-tunggu siapakah dalangnya yang hanya menunggu masa untuk dibongkarkan, walaupun sudah boleh diagak siapakah orangnya. Sedikit nasihat untuk sesiapa jua yang sanggup menganiaya individu lain untuk kepentingan diri dan keluarga, “Cukup-cukup dan bertaubatlah” kerana tiada bangkai gajah yang boleh ditutup dengan nyiru. Malah balasan Allah itu pasti, tidak kira sama ada berlaku di dunia ataupun dibalas di akhirat, atau mungkin kedua-duanya sekali.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts