NAZRI PERTAHAN TINDAKAN TUN MAHATHIR

373
SHARES
2.2k
VIEWS

“Pertama sekali, jika anda ingin rasa mudah mempertahankan (seseorang), anda mesti percaya dia tidak bersalah. Jika saya tidak percaya dia tak bersalah, maka ia akan jadi sukar.”

Kenyataan Anggota Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dibuat kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Kenyataan di atas amat tepat dan cerdik bagi seorang oportunis seperti beliau yang rasa tergugat selepas kekalahan Barisan Nasional pada PRU-14 lepas.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan pada zaman kerajaan Barisan Nasional, terkenal lantang mempertahankan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak suatu ketika dahulu, yang kini beralih arah untuk mula lantang mempertahankan Perdana Menteri ketujuh, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Nazri turut menyokong tindakan Tun Mahathir Mohamad dan juga seolah-olah ‘berikrar’ untuk setia kepada beliau dan kerajaan Pakatan Harapan demi ‘survival‘ politik sendiri.

“Saya pilih untuk tak cakap banyak sebab saya nak tengok apa lagi yang akan keluar dan tiada kesalahan yang dibuat oleh Perdana Menteri. Dan (saya) tak sokong sekiranya duit rakyat dihilangkan.”

“Saya pernah duduk dalam kerajaan tapi selepas 28 tahun saya nak bangkang kerajaan susahlah melainkan mereka ada buat kesalahan.”

“Saya tiada budaya menentang Perdana Menteri, itu bukan budaya saya.”

“Saya rasa rakyat telah buat keputusan. Macam pada PRU14, kita lawanlah, jadi selepas ‘election’, keputusan sudah dibuat.”

“Nak lawan pasal apa lagi. Beri peluang, tunggulah dua tahun sebelum PRU kita tengoklah nanti.”

Semoga UMNO tidak mempunyai ramai pemimpin seperti Nazri yang akhir-akhir ini mula muncul membuat kenyataan yang boleh merugikan UMNO.

Presiden UMNO perlu bertindak sejajar dengan perkembangan mutakhir ini yang memperlihatkan kecenderungan Ahli Parlimen dan pemimpin UMNO yang ‘mula lembut’ dengan kerajaan yang akan melemahkan suara pembangkang akhirnya.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts