LOKMAN ADAM DEDAH SIAPA “PENYAMUN PASIR MELAKA” YANG SEBENAR

384
SHARES
2.3k
VIEWS

Sebelum ini, dua bekas Ketua Menteri Melaka yang kini telah bersama Pakatan Harapan (PH) iaitu Adly Zahari dan Idris Haron telah mendakwa kononnya Kerajaan Negeri Melaka di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali, banyak meluluskan konsesi pasir sehingga ada yang mengatakan BN sebagai “Penyamun Pasir”. 

Pada hari ini, saya hadir untuk kemukakan bukti siapa penyamun pasir yang sebenarnya. Bersama-sama ini saya lampirkan senarai penerima konsesi pasir ketika zaman Adly dan Idris sebagai Ketua Menteri bagi membantu siasatan pihak polis dan SPRM.

Dengan bukti yang saya berikan ini adalah diharapkan agar kedua-dua manusia hipokrit ini berhentilah berlagak suci, bersih, dan maksum seolah-olah pada zaman mereka tiada konsesi pasir yang telah diluluskan hasil sokongan mereka.

Lebih parah lagi, ketika zaman Idris Haron dan Adly Zahari menjadi Ketua Menteri, mereka berdua ini juga telah memberi kebenaran eksklusif untuk pengeluaran pasir di kawasan Rizab Hutan Simpan Kekal di Negeri Melaka. Kita minta pihak polis dan pihak SPRM menyiasat, apa imbuhan yang Idris dan Adly perolehi dengan meluluskan pengondolan Rizab Hutan Simpan Kekal itu.

Ini fakta dan saya ada semua bukti untuk berhadapan dengan Idris yang meluluskan serta kerajaan Adly yang telah menyambung kelulusan pengeluaran pasir dalam kawasan Hutan Simpan Kekal seluas 200 hektar.

Kawasan Rizab Hutan Simpan Kekal yang terlibat ini Adly namakan sebagai “Hutan Pengeluaran” bagi menghalalkan tindakannya. Adly telah memberikan kebenaran itu sehingga tahun 2025. Kawasan Rizab Hutan Simpan Kekal yang terlibat ini adalah kawasan yang sensitif kerana ia juga adalah kawasan tadahan air di dalam daerah Jasin.

Patutlah ketika zaman Adly Zahari menjadi Ketua Menteri, negeri Melaka sering kali berdepan isu catuan air yang teruk hingga menyusahkan rakyat Melaka. Lebih parah lagi, kebenaran yang telah diberikan Adly Zahari untuk pengeluaran pasir di kawasan Rizab Hutan Simpan Kekal ini pula tanpa perlu mendapat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar atau EIA. Atas sebab apa beliau begitu berani? Apa imbuhan yang beliau perolehi?

Itu kita belum selidik lagi syarikat-syarikat yang telah diberikan kebenaran oleh Adly Zahari dan Idris untuk terlibat dengan kerja-kerja pengeluaran pasir di kawasan Rizab Hutan Simpan Kekal ini. Seperti Jaya Sepakat Klebang Contruction, Sinar Mesra Global, Gelombang Makmur Sdn Bhd, Abra Sinar Sdn Bhd dan Perusahaan Mampro Bersatu Sdn Bhd.

Saya minta pihak polis dan SPRM akan menyiasat semua maklumat yang kami sertakan ini supaya rakyat negeri Melaka sedar siapa Penyamun Pasir yang sebenarnya.

Datuk Lokman Noor Adam

Ikuti video sumpah laknat beliau di pautan; https://fb.watch/9mMmRkmce6/

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts