• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Friday, May 27, 2022
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

SPRM DIGESA TIDAK KOMPROMI KES SALAH GUNA KUASA DI WESTSTAR 

Wan Sulaiman by Wan Sulaiman
October 20, 2021
in Semasa, Utama
0
SPRM DIGESA TIDAK KOMPROMI KES SALAH GUNA KUASA DI WESTSTAR 
535
SHARES
5.9k
VIEWS

SURAT PEMBACA | Baru-baru ini terdedah berita melalui media sosial tentang seorang pengarah bergelar Datuk di syarikat Kumpulan Weststar yang disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung salah guna kuasa. 

Sebagai rakyat Malaysia, saya ingin bertanya kepada SPRM sejauh manakah siasatan itu telah dijalankan? Adakah juga benar suspek seorang yang berpengaruh dalam syarikat Weststar dan merupakan penasihat kepada pengurusan tertinggi? Selain itu, adakah benar terdapat usaha untuk mempengaruhi SPRM agar menghentikan siasatan dan menutup kes tersebut?

Menurut laporan awal, beberapa pegawai SPRM telah berada di ibu pejabat Menara Weststar di Hulu Klang pada 27 September lalu dan telah merampas sejumlah dokumen. Ini diikuti rampasan beberapa lagi dokumen dan fail di pejabat Weststar Maxus di Jalan Tun Razak, beberapa hari kemudian. Weststar Maxus adalah anak syarikat kepada Weststar Group.

Menurut sumber SPRM, siasatan ke atas pengarah tersebut dan beberapa saksi lain telah dijalankan secara berperingkat-peringkat sehingga pertengahan Oktober ini.

“Fokus siasatan adalah dakwaan salah guna kuasa seorang pengarah bergelar Datuk yang bertanggungjawab dalam operasi syarikat, ” katanya.

Berdasarkan laporan itu juga, difahamkan pengarah berkenaan pernah berdepan dengan isu salah guna kuasa sebelum ini tetapi tiada tindakan diambil. Bagaimanapun kali ini dakwaan terhadapnya mendapat perhatian SPRM selepas sebuah syarikat lain iaitu Sapura Resources dikatakan membuat aduan rasmi tentang tuntutan bayaran yang keterlaluan atas arahan suspek.

Selain itu, suspek dipercayai turut membuat tuntutan palsu melibatkan prinsipal syarikat luar negara iaitu SAIC Motor China. Setakat ini tiada sebarang penafian daripada Sapura Resources dan SAIC Motor China. 

Untuk makluman, Weststar Group terlibat dalam pelbagai bidang perniagaan antaranya automotif, sektor perkhidmatan penerbangan, industri pertahanan, hartanah dan pembinaan. Setakat ini tiada reaksi dan kenyataan daripada Weststar Group mahupun anak syarikatnya, Weststar Maxus. Sebagai sebuah syarikat ternama di Malaysia, menjadi harapan banyak pihak agar pengururusan Weststar Group tidak berkompromi dalam soal integriti. Syarikat itu harus dibersihkan sama sekali daripada gejala rasuah dan salah guna kuasa bagi menjaga reputasinya.

Difahamkan, setakat ini SPRM mendapati wujud asas yang kuat bagi siasatan tersebut dilanjutkan secara lebih terperinci dan menyeluruh. Sebagai rakyat Malaysia yang mendokong integriti termasuk dalam sektor korporat, saya harap SPRM tidak tunduk kepada tekanan mana-mana individu dan pihak berhubung kes tersebut. Tiada sesiapa yang harus terlepas di sebalik cubaan campur tangan kuasa tertentu.

Janganlah SPRM hanya ghairah mengambil tindakan ke atas penjawat awam yang melakukan rasuah dan salah guna kuasa tetapi bersikap acuh tak acuh jika melibatkan swasta. Saya yakin SPRM di bawah Dato Seri Azam Baki tidak akan berkompromi walaupun dengan kes syarikat Weststar.

Ini juga kesempatan terbaik bagi SPRM memulihkan imejnya selepas tercetus beberapa isu termasuk dakwaaan tiga pegawai SPRM mencuri wang rampasan dalam kes Ketua Pengarah MEIO.

Jamal Hussein

Cyberjaya

Tags: Jamal HussinRasuahSapura ResourcessprmWeststar Group
Previous Post

MPPK UCAP TERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN ATAS PENUBUHAN YAYASAN KEBAJIKAN MAHASISWA KELUARGA MALAYSIA

Next Post

APA SUDAH JADI DENGAN TABUNG COVID-19 NADMA?

Wan Sulaiman

Wan Sulaiman

Related Posts

CUBAAN HALANG HAKIM NAZLAN DISIASAT SPRM BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN

CUBAAN HALANG HAKIM NAZLAN DISIASAT SPRM BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN

April 30, 2022
HIPOKRASI ANWAR, KAREN DAN PAKATAN HARAPAN DALAM ISU HAKIM NAZLAN

HIPOKRASI ANWAR, KAREN DAN PAKATAN HARAPAN DALAM ISU HAKIM NAZLAN

April 28, 2022
KENAPA PAKATAN HARAPAN ‘TAKUT’ HAKIM NAZLAN DISIASAT SPRM?

KENAPA PAKATAN HARAPAN ‘TAKUT’ HAKIM NAZLAN DISIASAT SPRM?

April 28, 2022
BUKTI BARU 1MDB, NGO BUAT LAPORAN SPRM

BUKTI BARU 1MDB, NGO BUAT LAPORAN SPRM

March 16, 2022
KEMELUT FGV: BERI DATO DZULKIFLI PELUANG 

KEMELUT FGV: BERI DATO DZULKIFLI PELUANG 

February 27, 2022
ISU INTEGRITI FGV: DATO DZULKIFLI PERLU JAWAB

ISU INTEGRITI FGV: DATO DZULKIFLI PERLU JAWAB

February 27, 2022

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In