NAJIB TIDAK TERSENARAI DALAM PANAMA PAPERS

414
SHARES
2.4k
VIEWS

Sekadar nama dikaitkan dan tiada bukti. Itulah cara tuduhan atau dakwaan dibuat hari ini terhadap bekas Perdana Menteri keenam Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak apabila namanya turut dikaitkan dengan insiden “Panama Papers”.

Di sebalik nama tokoh-tokoh dan pemimpin negara lain seperti Tun Daim Zainuddin dan ahli keluarga seperti isteri dan anak-anaknya, dokumen tersebut turut dikaitkan dengan ramai individu lain seperti Raja Arab Saudi iaitu Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, Raja Jordan iaitu Raja Abdullah II, Presiden Rusia Vladimir Putin dan lain-lain termasuklah bekas ketua negara seperti Mauricio Macri, bekas Presiden Argentina, Petro Poroshenko, bekas Presiden Ukraine serta bekas Presiden Itali iaitu Silvio Berlusconi. Malah ramai lagi yang tersenarai secara terus dan bukan melalui proksi atau nama keluarga dan ada juga yang meletakkan nama ‘skandal’ masing-masing.

Namun nama Najib yang dikaitkan hanya dikaitkan kerana firma guaman Wong & Co yang dilantik 1MDB ketika namanya masih lagi TIA iaitu Terengganu Investment Authority, sedangkan ketika itu Najib  masih belum dilantik menjadi Perdana Menteri. Logiknya ia langsung tidak berkaitan dengan Najib sama sekali namun jika ada, pihak yang menuduh wajar mengemukakan bukti nyata dan bukan hanya bersifat andaian. Jika ada yang yakin bahawa Najib terlibat, mereka boleh bersumpah laknat dan membuat laporan polis serta menjadi saksi dan mengemukakan bukti. Jika tiada, lebih baik jangan menjadi individu yang suka menyebarkan fitnah dan akhirnya termalu sendiri apabila dicabar untuk menunjukkan bukti atau menjadi saksi namun gagal melakukannya. 

Tidak seperti Daim yang sudahpun mengaku dan mengatakannya sebagai “perancangan harta pusaka”, Najib bukan sahaja menafikannya malah memberikan butiran beliau tidak mempunyai kaitan.

Rujuk artikel “Daim, Jho Low antara tersenarai dalam Panama Papers” di pautan; https://editormalaysia.com/24444/

Jika masih ada pihak yang tidak berpuas hati, mereka boleh sahaja mengemukakan bukti Najib menipu atau menghadirkan saksi sekiranya ada. Jika ada bukti dokumen ‘money trail’ yang mengaitkan Najib dengan firma tersebut maka tentu dakwaan Najib terlibat dengan Panama Papers ini mudah untuk dikaitkan.

Ada yang membuat kesimpulan bahawa saya antara mereka yang tersenarai mempunyai akaun bank “off-shore” apabila ada beberapa media buat headline yang kaitkan nama saya dengan isu “Pandora Papers“.

Tidak. Saya tiada “off-shore bank accounts” dan saya tidak disenaraikan dalam pandora papers. Nama saya dikaitkan sebab firma guaman Wong & Co yang dilantik 1MDB masa dahulu adalah sebahagian dari gabungan firma guaman antarabangsa terkenal yang kini terbabit dengan isu Panama Papers.”

Sayapun jawab bahawa saya tidak pernah lantik atau pernah berhubung dengan sesiapa dari Wong & Co. Saya juga tunjukkan wartawan bahawa mahkamah juga telah sahkan lantikan Wong & Co dibuat oleh lembaga pengarah dan pengurusan Terengganu Investment Authority sebelum saya terlibat dan sebelum TIA ini diambil alih oleh kerajaan pusat apabila saya jadi PM.

Begitu juga dengan lantikan Goldman Sachs, Ambank, KPMG dan semua firma-firma terkenal yang memberi perkhidmatan profesional. Ianya dibuat masa TIA dan diteruskan perkhidmatan apabila TIA menjadi 1MDB. (Saya (kononnya) ‘mastermind’ 1MDB tetapi yang bayar ganti rugi dan penalti berpuluh bilion Ringgit adalah Goldman Sachs, KPMG, Ambank dan yang lain ke?)

Nampaknya ramai hanya baca headline sahaja dan tersalah persepsi bahawa saya ada akaun bank “off-shore” yang didedahkan oleh panama papers. Rujuk pautan; https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/10/05/report-after-pandora-papers-expose-najib-claims-advisers-did-not-raise-red/2010901.

Mainan persepsi dalam mencipta naratif ini cukup mudah namun tetap mempunyai kelemahannya yang tersendiri apabila si penuduh gagal menunjukkan bukti atau gagal menghadirkan saksi. Propaganda dan permainan saraf akan gagal apabila counter-narrative berkesan digunakan dengan mempertikai dan meminta penuduh menunjukkan di bahagian atau muka surat manakah nama individu tertentu dikaitkan.

Ini bukan lagi zaman sebelum PRU-14 di mana asal sebut sahaja ‘1MDB’ maka semua percaya ia diselewengkan oleh Najib hatta cerdik pandai di universitipun boleh percaya dan diperdaya. Tetapi apabila diminta mereka menjadi saksi atau menunjukkan bukti, semuanya membuktikan hanya ‘hearsay‘ dan mendengarnya daripada sumber tertentu yang sehingga kini masih gagal mengaitkan Najib dengan 1MDB. Malah ada beberapa saksi di mahkamah terbukti pula bersekongkol dengan Jho Low yang sehingga kini masih gagal dihadirkan ke mahkamah. 

Bukan apa, rakyat sudah letih dengan mainan fitnah dan mereka malah semakin cerdik dalam menilai maklumat. Selaku rakyat Malaysia kita wajar berpegang kepada prinsip yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah tanpa mengira siapapun individu tersebut. Jika menuduh atau percaya dengan sebarang tuduhan, perlulah jujur dengan diri sendiri dengan melihat buktinya terlebih dahulu.

Jika yakin dan mempunyai bukti, malah boleh dilaporkan ke pihak berkuasa dan menghadirkan diri untuk menjadi saksi. Jika tiada bukti, maka adalah lebih baik tidak melibatkan diri dengan sebarang fitnah kerana lebih baik tersilap bersangka baik terhadap individu yang membuat kesalahan daripada tersilap memfitnah dan bersangka buruk terhadap individu yang tidak bersalah.

Seperti mafhum hadis, “Fitnah itu sifatnya tidur, justeru Allah melaknat sesiapa yang mengejutkannya“. Wallahualam. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts