BAGAIMANA NAJIB HENDAK JARAKKAN DIRI DARI UMNO?

352
SHARES
2.1k
VIEWS

BAGAIMANA NAJIB HENDAK JARAKKAN DIRI DARI UMNO?

Oleh Mohd. Faizal Ramly
14 Ogos 2018

Rasanya ramai pemimpin UMNO tidak faham. Ahli UMNO dan rakyat yang setia dengan UMNO juga tidak faham dengan pemimpin UMNO.

Ramai pemimpin menyeru Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak ‘menjarakkan’ diri daripada UMNO. Persoalannya jarakkan diri bagaimana yang UMNO maksudkan? Keluar UMNO menjadi Ahli Parlimen Bebas yang masih ke Parlimen ataupun lupakan politik selama-lamanya?

Jika keluar UMNO, ini tidak mungkin namun kerana tiada keperluan. Jika lupakan politik dan berehat seperti Pak Lah dan Tun Mahathir (buat beberapa ketika), beliau masih Ahli Parlimen.

Buat makluman pemimpin UMNO, Datuk Seri Najib tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam parti kecuali Ketua UMNO dan Ahli Parlimen Pekan yang dimenanginya. Beliau tetap akan hadir ke Dewan Rakyat memenuhi hak rakyat di Pekan yang diwakilinya.

Beliau juga Ahli UMNO paling konsisten menjelaskan isu menggunakan fakta untuk membalas serangan kerajaan Pakatan Harapan yang masih bersikap seperti pembangkang dengan tuduhan dan fitnah membuta tuli, dalam dan luar Parlimen.

Kecuali Lokman Adam dan netizen yang bukan ahli tetapi pro UMNO yang kerap mempertahankan kerajaan dan ‘cybertrooper‘ pro UMNO.

Zahid? Annuar Musa? Johari Abdul Ghani? Khaled Nordin? Pemimpin UMNO lain? Apabila dah kalah dan menjadi pembangkang baru berani minta jarakkan diri, jika menang mereka inilah yang pertama mendekatkan diri dengan dengan Datuk Seri Najib untuk melobi pelbagai jawatan. Memang dasar oportunis dan pengecut.

Jika berani sangat, sarankan Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO memecat Datuk Seri Najib kerana terpalit dengan tuduhan 1MDB yang sudah memasuki  hari ke 100 tetapi masih belum didakwa di mahkamah, baru beliau mampu jarakkan diri.

Lebih baik pemimpin UMNO fokus menjadi pembangkang yang kuat kerana kerajaan sekarang sangat lemah. Jika keduanya sama-sama lemah, apa akan berlaku kepada negara?

UMNO akan perlahan-lahan mati seperti pelita kehabisan minyak sekiranya ramai pemimpin UMNO bersikap begini kerana rakyat yang pro UMNO walaupun bukan ahli UMNO akan menolak mereka kerana menyampah dengan sikap tikam belakang rakan yang telah jatuh.

Gentlemen lah sikit UMNO, settle-lah diam-diam!

Bukan ahli UMNO,

Mohd. Faizal Ramly

(Dihantar melalui Whatsapp)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts